Danish Syamer Ubi Muda Negeri Sembilan Yang Sedang Mengganas
Malaysia
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Negeri Sembilan kini mempunyai seorang penyerang muda berbakat yang sedang mengganas di Piala Presiden bernama Danish Syamer.

Danish Syamer telah menjaringkan 12 gol dalam 16 penampilan buat skuad junior Negeri Sembilan ketika ini.

Malah penyerang bawah 20 tahun skuad Jang ini telah mencetak 2 hatrik buat pasukannya sewaktu bertemu KL City dan Selangor tempoh hari.

Advertisements

Lebih manis, Danish Syamer kini sedang mengetuai pasukan Negeri Sembilan ke peringkat akhir Piala Presiden 2023 setelah Negeri Sembilan memenangi aksi pertama separuh akhir dengan jaringan 3-1 ke atas Selangor.

Sebelum ini, Danish juga pernah muncul wira skuad Jang apabila jaringannya pada masa tambahan membantu Negeri Sembilan menewaskan JDT 2-1 dalam aksi Julai yang lalu.

Danish Syamer Tajuddin merupakan bekas pemain bola sepak bagi Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail atau dikenali sebagai SSTMI.

Advertisements

Tidak mustahil penyerang muda ini bakal menghiasi skuad utama Negeri Sembilan kelak jika beliau terus konsisten menampilkan prestasi cemerlang bersama skuad Piala Presiden ketika ini.

Negeri Sembilan bakal menentang Selangor di Paroi dalam aksi kedua separuh akhir Piala Presiden 2023 yang dijadualkan pada 18 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram