Piala MFL: JDT Gah Tewaskan Sabah
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II membuka kempen Piala MFL 2024/25 dengan kemenangan apabila menewaskan Sabah FC di Stadium Pasir Gudang.

Selepas kecundang di tangan Terengganu FC II di pentas final Piala MFL 2023, Harimau Selatan berazam untuk tampil lebih cemerlang musim ini.

Ad

JDT II yang dibimbing Juan Manuel Munoz Rodriguez diperkuatkan beberapa tonggak Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) seperti Fergus Tierney dan Najmudin Akmal Kamal Akmal. Sementara Sabah pula menurunkan bekas penyerang kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman.

Ad

Babak pertama menyaksikan Harimau Selatan memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah untuk mendapatkan kelebihan gol awal.

JDT menggerakkan serangan menerusi trio penyerang terdiri daripada Tierney, G. Pavithran dan kapten, Gabriel Nistelrooy.

Ad

Malangnya, setiap serangan yang diatur skuad muda Harimau Selatan dipatahkan barisan pertahanan skuad Badak diketuai kapten, Mohammad Alias Alan.

Ad

Ini memaksa Harimau Selatan menunggu sehingga minit ke-38 untuk membuka tirai jaringan menerusi Nistelrooy.

Ad

Tersentak, Sabah berusaha mendapatkan gol penyamaan tetapi beberapa serangan yang diatur dipatahkan penjaga gol Zulhilmi Sharani. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, anak buah Munoz Rodriguez terus menggandakan asakan untuk menambah kelebihan jaringan.

Tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-72 untuk menggandakan kelebihan mereka menerusi Nistelrooy.

Gawang Sabah yang dikawal Azlizan Mohd Azlan bocor buat kali ketiga apabila penyerang muda JDT itu meledakkan hatrik pada minit ke-79.

JDT terus ghairah memburu gol tambahan tetapi keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan JDT menerajui carta Piala MFL menerusi kelebihan jaringan.