Piala MFL: Paulo Josue Ketuai Kejayaan KL City Atasi Selangor
MakanBola
MFL

Selangor terpaksa akur tumbang di tangan KL City Extension dalam aksi Piala MFL di Stadium MBPJ.

Setelah merekodkan dua kemenangan dalam aksi terdahulu, Selangor turun di laman sendiri dalam usaha bagi memintas kedudukan pendahulu, JDT II apabila bertemu KL City pada Rabu.

Kesebelasan utama Selangor dibarisi pemain-pemain seperti Alex Agyarkwa, Haykal Danish serta Zikri Khalili manakala KL City turun diketuai oleh tonggak utama iaitu Paulo Josue dan Giancarlo Gallifuoco.

Ad

Seawal minit kedua gol buat KL City terhasil menerusi Amreel Iqbal yang menyempurnakan situasi kelam-kabut di hadapan gawang Selangor berpunca daripada sepakan percuma oleh Paulo Josue.

Ad

Seakan tersentak, tuan rumah cuba bangkit namun Paulo Josue menambah kelebihan buat KL City dengan jaringan kedua pada minit ke-27 hasil satu voli kencang di hadapan gawang.

Pintu gol Selangor yang dikemudi oleh Azim Al Amin dibolosi untuk kali ketiga apabila gerakan solo oleh pemain import KL City, Jovan Motika disudahkan dengan ledakan kaki kanan di hujung aksi.

Ad
Ad

Separuh masa pertama tamat, Selangor 0-3 KL City.

Ad

Kembali dari bilik persalinan, anak didik Abdi Hassan kembali berusaha merencana asakan dan hasilnya pemain sayap dari Afghanistan, Omid Musawi berjaya meledak gol pertama buat Selangor.

Pada minit ke-75, KL City dihadiahkan tendangan penalti dan tugas tersebut dengan mudah disempurnakan oleh Giancarlo Gallifuoco untuk jaringan keempat buat skuad muda The City Boys.

Dua jaringan daripada bintang muda Selangor, Haykal Danish dan juga Nabil Qayyum berjaya merapatkan kedudukan buat pasukan tuan rumah namun sudah terlewat untuk mengikat skor.

Aksi di Stadium MBPJ berakhir dengan keputusan 4-3 memihak KL City.

Keputusan ini menyaksikan Selangor kini kekal di kedudukan kedua dengan mengumpul 49 mata, 1 mata di belakang JDT II manakala KL City pula mengutip 38 mata untuk berada di tangga ke-4.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments