Piala MFL: Selangor Sambar Tempat Kedua, Jinakkan Kedah
MakanBola
MFL

Selangor FC menamatkan aksi Piala MFL dengan muncul naib juara setelah menundukkan Kedah Darul Aman FC B.

Pertemuan di Kelana Jaya ini menjadi tumpuan ramai apabila menjadi penentu kedudukan Selangor dalam carta Piala MFL tatkala pasukan Kedah hadir bagi melengkapkan perlawanan terakhir.

Gandingan Haykal Danish dan Omid Musawi menjadi taruhan Selangor pada aksi kali ini manakala Kedah menurunkan dua penyerang muda berusia 18 tahun, Aiman Daniel serta Hairil Syazwan.

Ad

Gol pembukaan berjaya dihasilkan oleh Selangor menerusi tendangan penalti Nabil Qayyum pada minit ke-18 setelah Hazrie Zulhadi menepis bola di atas hadapan gawang Kedah.

Ad

Tindakan pertahanan Kedah itu bukan sahaja memberikan sepakan penalti buat Selangor malah pengadil tanpa ragu melayangkan kad merah memaksa pelawat beraksi dengan 10 pemain.

3 minit berselang, gerakan solo oleh Haykal Danish berjaya mengatasi hampir 4 orang pemain Kedah sebelum dengan tenang merembat kencang menewaskan penjaga gol, Aqil Syahmi.

Ad
Ad

Sebelum rehat, Aiman Yusuf menambah kelebihan buat tuan rumah dengan jaringan ke-3 hasil percubaan jarak dekat di hadapan pintu gol yang gagal disekat oleh benteng pasukan Kedah.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Selangor 3-0 Kedah Darul Aman FC B.

Kembali dari rehat, kemasukan penyerang berbisa, Rahman Daud membawa impak segera untuk Selangor dengan dua gol pantas dalam tempoh 5 minit di awal babak yang kedua ini.

Pemain import dari Afghanistan, Omid Musawi juga mengukir nama selaki penjaring gol buat The Red Giants dengan satu rembatan kencang kaki kanan yang gagal diselamatkan oleh Aqil Syahmi.

Gawang Kedah bocor buat kali ke-7 apabila Rahman Daud melengkapkan hatrik hasil tandukan deras yang berpunca dari hantaran silang dari sebelah sayap kanan Selangor di minit ke-78.

Aksi di Stadium MBPJ berakhir dengan keputusan 7-0 memihak Selangor.

Kemenangan ini memastikan gelaran naib juara Piala MFL buat Selangor setelah menamatkan aksi di tempat kedua dengan mengumpul 52 mata, satu mata di belakang JDT yang muncul juara.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments