Ini Satu-Satunya Cara Selangor Boleh Muncul Juara Piala MFL
MakanBola
Selangor FC

Pasukan Selangor kini hanya memiliki satu cara sahaja untuk muncul selaku juara Piala MFL 2024-2025.

Saingan Piala MFL sudah memasuki minggu terakhir dengan perebutan takhta sebagai juara kini menjadi tumpuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan pesaing terdekat, Selangor.

Carta kedudukan Piala MFL menyaksikan JDT II mendahului pengejaran juara dengan mengumpul 50 mata, satu mata di hadapan Selangor dengan berbaki satu lagi perlawanan pada Isnin.

Kekalahan Selangor kepada KL City pada perlawanan minggu lalu menyaksikan pasukan muda Gergasi Merah ini kempunan untuk berada di puncak malah membuka ruang besar kepada JDT II.

Kini, satu-satunya pilihan yang Selangor miliki untuk bergelar juara adalah menewaskan Kedah dalam aksi terakhir di laman sendiri sambil mengharapkan JDT II tercicir mata dalam satu lagi aksi.

Walau bagaimanapun, jika JDT II yang berdepan Penang di Stadium Sultan Ibrahim meraih kemenangan 1-0 sekalipun, itu sudah cukup untuk menoktahkan kejuaraan buat skuad muda Harimau Selatan.

Aksi terakhir Piala MFL akan berlangsung serentak pada jam 8.15 malam ini dengan 3 perlawanan akan dibawakan secara langsung di Astro Arena.