Piala Presiden: JDT Langkah Kanan, Selangor Pulang Hampa
MakanBola
Johor Southern Tigers

Perlawanan pembuka tirai Piala Presiden menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan ke atas Selangor.

Turun selaku juara bertahan, JDT membuka saingan Piala Presiden untuk musim 2025 dengan melayani kunjungan Selangor yang dilihat sebagai aksi ulangan final tahun lalu.

Ad

3 tonggak muda Malaysia, Abid Safaraz, Ariff Safwan serta Danish Hakimi jadi sandaran skuad muda JDT ini manakala senarai pemain Selangor diketuai oleh bek kebal, Ariz Zuhayr.

Ad

Gol pembukaan aksi berhasil dijaringkan oleh Danish Hakimi seawal minit ke-18 menerusi sepakan percuma yang terus menewaskan penjaga gol pasukan Selangor, Nazim Roslan.

Usaha kedua-dua pasukan untuk menembusi gawang lawan tampak tidak kesampaian dengan deretan peluang terhidang yang mudah disia-siakan memaksa JDT dan juga Selangor hampa.

Ad

Separuh masa pertama tamat, JDT III 1-0 Selangor.

Ad

Kembali dari bilik persalinan, usaha tanpa henti dilancarkan oleh pasukan pelawat dalam misi untuk memburu jaringan penyamaan namun bek JDT kekal tenang mengawal situasi.

Ad

JDT turun berpeluang untuk menambah jaringan akan tetapi gol tunggal dari Danish Hakimi itu kekal sehingga tamat aksi untuk tuan rumah yang juga juara 4 kali memungut 3 mata pertama.

Aksi di Stadium MP Pasir Gudang berakhir dengan keputusan 1-0 memihak JDT.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments