Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan Liga Super 2024, Selangor FC membuat keputusan untuk menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih kali ini.

Advertisements

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah membuat keputusan untuk meneruskan aksi tersebut sungguhpun dengan pelbagai insiden yang melanda.

“Jaminan keselamatan kepada pemain dan penyokong bagi Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim Jumaat ini (10 Mei 2024) telah diberikan oleh Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar.

Advertisements

“Beliau mengumumkan bahawa seramai 1,500 anggota polis akan dikerah untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.

Menerusi satu kenyataan oleh kelab hari ini, The Red Giants membuat keputusan untuk menarik diri sekaligus memberikan kemenangan percuma kepada JDT.

Advertisements

“Selangor mengambil maklum keputusan MFL untuk meneruskan aksi Piala Sumbangsih yang dijadualkan pada 10 Mei 2024.

“Setelah penelitian dijalankan dan perbicangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan rentetan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam, pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk tidak hadir ke Perlawanan Piala Sumbangsh 2024 yang telah lama kelab ini nantikan.”

Advertisements

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan,” jelas Selangor dalam satu kenyataan.

JDT bakal memperoleh kemenangan percuma 3-0 dan menjulang trofi Piala Sumbangsih.

Advertisements

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram