Advertising
Piala Wanita AFF: Kemboja Malukan Malaysia
UltraSukan
FA Malaysia
Sponsors

Skuad bola sepak wanita Malaysia kempunan layak ke peringkat separuh akhir Piala Wanita AFF 2024.

Ini selepas pasukan yang dibimbing Soleen Al-Zoubi itu tewas kepada Kemboja dalam aksi terakhir Kumpulan B di Padang Simpanan KM16, Vientiane.

Ad

Selepas tewas 1-0 kepada Indonesia dalam aksi kedua kumpulan pada 26 November lalu, Malaysia perlu menewaskan Kemboja untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir.

Ad

Steffi Sarge Kaur mengetuai cabaran Malaysian Tigress menghadapi Kemboja. Soleen turut memilih penjaring kedua terbanyak Liga Wanita Nasional (LWN) 2024, Nur Ainsyah Murad untuk mengetuai serangan.

Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia berusaha mencari kelebihan gol awal menerusi Ainsyah dan penyerang Malaysian University FT (MUFT), Nurfazira Sani tetapi tidak berhasil.

Ad

Sebaliknya, Kemboja yang dibimbing Khoun Laboravy membuka tirai jaringan menerusi Poeurn Kunthea pada minit ke-19.

Ad

Tersentak, Malaysia berusaha mencari jaringan penyamaan tetapi gagal. Sebaliknya, giliran Chhit Sapheourn menggandakan kelebihan Kemboja bagi memastikan pasukan itu mendahului 2-0 sehingga rehat.

Ad

Bersambung selepas rehat, Soleen melakukan beberapa pertukaran pemain untuk mengubah momentum perlawanan.

Keadaan ini menyebabkan Kemboja kental menahan asakan skuad wanita negara sehingga tamat perlawanan. Keputusan itu menyaksikan Kemboja mengiringi Indonesia ke separuh akhir Piala Wanita AFF 2024.

Kemboja bakal menentang Timor Leste pada 2 Disember. Manakala satu lagi aksi separuh akhir menemukan Indonesia dan Singapura yang berlangsung pada hari yang sama.