Piala Wanita AFF: Malaysia Hanya Ada Dua Pilihan
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia memiliki dua pilihan untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Wanita AFF 2026.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan A Piala Wanita AFF pada Khamis bakal menyaksikan pertemuan antara Malaysia vs Singapura dengan kedua-dua pasukan kini mengintai peluang untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

Kedua-dua negara kini berada di tangga kedua dan ketiga kumpulan selepas masing-masing mengutip satu mata, hasil keputusan seri 1-1 berdepan Laos sebelum ini, sekali gus membuka peluang buat skuad wanita Malaysia serta Singapura.

Malaysia yang dibimbing oleh Joel Cornelli perlu mencatatkan kemenangan ke atas Singapura untuk melangkah ke separuh akhir selaku juara kumpulan A dengan kutipan 4 mata secara keseluruhan, seandainya tugas dilaksanakan sempurna.

Selain itu, keputusan seri turut bakal membawa Malayan Tigress ke pentas separuh akhir dengan syarat Malaysia dan Singapura terikat lebih dari satu jaringan, sekali gus membolehkan kedua-dua negara memintas Laos ketika ini.

Walaupun begitu, misi mengutip 3 mata pastinya menjadi sasaran pasukan wanita kebangsaan, ditambah pula mereka bakal turun bermain di hadapan penyokong sendiri, sekali gus memberi satu tonik tambahan untuk tampil lebih cemerlang.

Aksi Malaysia vs Singapura bakal berlangsung pads Khamis, 16 Julai di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras fengan sepak mula pada jam 4.45 petang.