Tonton aksi Malaysia vs Singapura dalam perlawanan terakhir kumpulan A Piala Wanita AFF secara langsung dari Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
Tumpuan peminat bola sepak tanah air kini terarah kepada aksi Malaysia vs Singapura dalam perlawanan terakhir kumpulan A Piala Wanita AFF ketika mana pertemuan dua negara ini cukup penting untuk menentukan tempat ke peringkat separuh akhir.
Malaysia dan Singapura masing-masing mengutip satu mata selepas tamat perlawanan pertama lalu selepas kedua-dua negara jiran ini terikat seri 1-1 ketika hadapi Laos yang telah menamatkan cabaran di peringkat kumpulan A ini.
Oleh itu, pertemuan antara Malaysia serta Singapura bakal menjadi penentu wakil dari kumpulan A setelah Laos yang telah pun beraksi dua perlawanan hanya mengutip dua mata untuk menghuni kedudukan teratas buat seketika waktu.
Disebabkan itu, aksi antara Malaysia dan Singapura begitu penting apabila kemenangan bakal membawa salah satu pasukan ini melangkah ke separuh akhir atau pun keputusan seri yang berakhir dengan lebih dari satu jaringan.
Seruan untuk mencapai kemenangan sudah dilontarkan oleh kapten pasukan Malayan Tigress, Steffi Sarge Kaur yang memasang hasrat untuk bermain di final, di hadapan penyokong sendiri dengan syarat kerja keras bersama bagi merealisasikan misi itu.
“Kami perlu mengambil peluang bermain di pentas sendiri, siapa yang tidak mahu beraksi di pentas final lebih-lebih lagi di laman sendiri.
“Ini impian kami semua, untuk capainya kami perlu kerja keras dan menang dalam aksi kedua ini dahulu. Saya akan beri 200%, ini yang saya sentiasa berikan jika dipilih beraksi, beri aksi terbaik buat negara dengan penuh rasa hormat,” kata Steffi Sarge Kaur.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Singapura
Info Siaran Langsung Malaysia vs Singapura
Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis)
Masa: 4.45 petang waktu Malaysia.
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.