Steffi Sarge: Ini Impian Kami
MakanBola
FA Malaysia

Pemain pertahanan Malayan Tigress, Steffi Sarge Kaur menyifatkan kemenangan dalam aksi ketiga Kumpulan A Piala Wanita AFF 2026 cukup penting buat pasukan itu.

Ini kerana hanya kemenangan saja yang dapat menjamin kemaraan anak buah Joel Cornelli ke separuh akhir kejohanan itu.

Justeru, Steffi melihat dengan kelebihan beraksi sebagai tuan rumah, kelebihan itu harus dimanfaatkan Malayan Tigress untuk merealisasikan impian ke separuh akhir dan seterusnya, final.

“Kami perlu mengambil peluang bermain di pentas sendiri, siapa yang tidak mahu beraksi di pentas final lebih-lebih lagi di laman sendiri.

“Ini impian kami semua, untuk capainya kami perlu kerja keras untuk menang dalam aksi kedua ini dahulu. Saya akan beri 200%, ini yang saya sentiasa berikan jika dipilih beraksi, beri aksi terbaik buat negara dengan penuh rasa hormat,” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.

Meskipun dilihat memiliki kelebihan, Steffi enggan memandang rendah cabaran lawan mereka, Singapura. Atas sebab itu, beliau menggesa Malayan Tigress tampil mantap untuk memburu kemenangan.

“Saya rasa Singapura pasukan yang bagus, kita tidak boleh pandang rendah, tak boleh ambil mudah, perlu bekerjasama dan melakukan yang terbaik nanti,” tambahnya.

Malaysia akan menentang Singapura dalam aksi terakhir kumpulan pada 16 Julai. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir yang akan berlangsung pada 19 Julai.

Malayan Tigress membuka kempen kejohanan dengan keputusan seri apabila mengikat Laos 1-1.