Bola Sepak Wanita

Bintang Manchester City Taruhan Malaysia Ke Piala Dunia Wanita B-15

Shakira City Football School Bintang Manchester City Taruhan Malaysia Ke Piala Dunia Wanita B-15
City Football School

Seorang pemain akademi Manchester City telah dipanggil untuk memperkuatkan cabaran Malaysia menghadapi Piala Dunia Wanita Bawah 15 Tahun (B-15) 2027.

Advertisement

Bintang akademi yang dimaksudkan ialah Shakira Pucher. Perkara ini disahkan pengurusan Manchester City Football School yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi satu kenyataan di semua platform rasmi mereka.

“Tahniah kepada Shakira, pemain kita, yang telah dipilih untuk mewakili Malaysia di Piala Dunia B-15 2027! ⚽️

“Satu pencapaian yang hebat dan satu detik yang membanggakan untuk Shakira, keluarganya dan semua orang di Manchester City Football School.

“Dari padang latihan hingga ke pentas antarabangsa, kerja keras dan dedikasi anda membawa anda ke pelbagai tempat,” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan. Berita sama turut dikongsikan Harimau Abroad.

Shakira, 13, pernah bermain di Malaysia dalam Liga Puteri FAM bersama Akademi Tunas Wanita Selangor.

Piala Dunia Wanita B-15 2027 mengikut format sama dengan format Piala Dunia B-15 2026 yang diadakan di Baku, Azerbaijan pada Oktober lalu.

Selain menyaksikan penyertaan majoriti negara ahli Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kejohanan ini turut menyaksikan penggunaan format lapan pemain dengan 20 minit setiap separuh masa.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...