Malaysia membuka kempen Piala AFF Wanita 2026 dengan keputusan seri terikat 1-1 di tangan Laos pada Jumaat.
Skuad negara kendalian Joel Cornelli turun dengan misi penting mengutip 3 mata menentang Laos di halaman sendiri iaitu Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Penjaga gawang Malaysia, Asma diberi peranan penting bagi mengawal pintu gol negara manakala Laos meletakkan Anna Keo Onsy sebagai ayam tambahan negara tersebut.
Aksi berlangsung seimbang dengan Malaysia Tigress dilihat lebih menguasai permainan dengan hantaran beberapa percubaan berbahaya manakala Laos tampak sedikit bertahan di awal babak aksi.
Peluang terbaik buat Malaysia hadir menerusi kapten pasukan, Ainsyah namun percubaan beliau tidak menepati sasaran gawang pasukan Laos.
Sementara Laos berjaya membuka tirai jaringan cantik menerusi Kemmy Phatdala pada minit ke-37 sekali gus memberikan tekanan kepada pasukan tuan rumah.
Separuh masa pertama tamat, Malaysia 0-1 Laos.
Memasuki babak kedua aksi, Malaysia hanya memerlukan 5 minit untuk menyamakan kedudukan menerusi pemain Selangor, Hadfina Firdaus sekali gus memberikan kegembiraan kepada kem pasukan kebangsaan & para penyokong yang berada di Stadium Cheras.
Namun, jaringan tersebut kekal sehingga wisel dibunyikan meskipun kedua-dua pasukan melakukan lambakan peluang keemasan bagi mencari gol kemenangan.
Aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras tamat dengan keputusan seri terikat 1-1 bagi kedua-dua pasukan.