Seorang atlet Thailand berkongsi cerita tentang cat mula terkopek daripada pingat emas Sukan SEA 2025 miliknya.
Atlet yang dimaksudkan ialah jaguh perseorangan wanita Thailand, Ratchanok Intanon. Ratchanok mendakwa cat pingat mula terkopek meskipun menerimanya hampir sebulan lalu.
Beliau kemudiannya berkongsi perkara itu di media sosial. Hantaran Ratchanok secara bergurau berbunyi, “Oh, tidak!! Jangan beritahu saya di dalamnya ada coklat macam pada zaman kanank-kanak kita.”
Sebaik hantaran itu dikongsikan, hantaran tersebut tular di media sosial. Ada pengguna media sosial meninggalkan komen lucu berhubung keadaan pingat berkenaan.
Kisah ini mengingatkan kepada perihal kualiti pingat Sukan Olimpik yang diterima atlet pada tahun 2024.
Ramai atlet mengadu pingat mereka rosak tidak lama selepas menerima pingat dalam acara mereka. Lebih 200 pingat dilaporkan dalam keadaan rosak.
Ratchanok meraih dua pingat emas dalam temasya Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand baru-baru ini. Ini termasuk pingat emas dalam acara perseorangan wanita.