Haji Pogba Tak Mahu Duduk Di Tepi Sahaja
EPL
Advertisements

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba mengakui dirinya sangat membenci jika terpaksa memulakan perlawanan dari bangku simpanan kerana menurut pemain tengah berusia 27 tahun ini dirinya ingin sentiasa membantu pasukan.

Ole Gunnar Solskjaer seringkali meletak Haji Pogba di tepi padang dan hanya memasukkannya pada separuh masa ke-2 dengan pelbagai alasan.

“Saya juga kini merasa baik dari segi fizikal dan mental.Saya sentiasa ingin bermain dan ketika anda bermain, anda akan mendapat bentuk permainan terbaik,” kata Pogba kepada Sky Sports.

Advertisements

“Saya harus fokus pada diri sendiri dan memberikan yang terbaik.”Selama saya berada di atas padang, saya akan memberikan yang terbaik dan semampu mungkin untuk membantu pasukan saya,” kata Pogba.

“Saya benci berada di bangku simpanan, saya tidak menyukainya.Ini tidak bermaksud bahawa pemain lain tidak layak bermain tetapi untuk saya sendiri saya tidak menyukainya.

“Saya ingin sentiasa menjadi pemenang, saya hanya mahu bermain bola sepak dan membantu pasukan saya. Ketika saya berada di bangku simpanan dan saya tidak bermain, saya rasa tidak dapat menolong rakan sepasukan saya jadi saya merasa tidak selesa dan saya tidak menyukainya.”

Advertisements

Petikan dan olahan asal oleh Buletin Manchester United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram