Prestasi Manchester United semakin merundum dan perlawanan menentang Liverpool pada jam 11.30 malam ini bakal menjadi penentu masa depan Manchester United.
Kita andaikan United tewas (ambil kira prestasi semasa Liverpool) maka berikut merupakan perkara yang bakal terjadi:
Ole Gunna Solkjaer Kekal Hingga Akhir Musim
Tewas atau menang, jurulatih semasa, Ole tidak akan dipecat atau digantikan. Sebaliknya pengurusan United akan menunggu sekurang-kurangnya Februari 2020 berikutan keadaan semasa di mana pemain banyak mengalami kecederaan.
United Berisiko Turun ke Tangga 15 Liga
Sekiranya Sheffield United berjaya menewaskan Arsenal maka United akan turun satu anak tangga.
Ed Woodward Bakal Menerima Tekanan Paling Tinggi, Bukan Ole
Penyokong United di Manchester sudah mula memahami penukaran jurulatih bukan solusi terbaik sebaliknya Ed Woodward akan diminta melepaskan jawatannya.
Jumlah Penajaan Berisiko Berkurang Musim Hadapan
Sebelum ini timbul desas-desus Chevrolet akan menarik diri sebagai penaja jersi berikutan prestasi tidak menentu United yang berterusan sejak akhir liga musim 2018/2019 hingga ke hari ini. Perniagaan tetaplah perniagaan dan prestasi skuad yang merundum ditambah kekalahan kepada musuh utama bakal memberi impak besar.
Masuk Gua Lagi

Proses pertapaan di gua bakal diteruskan dan penyokong Manchester United sedar dan sudah membuat tempahan feri dan bas.
Penyokong Liverpook Bakal Klim@ks Pada Tahap Tertinggi
Tiada perkara yang lebih beharga buat penyokong Liverpool yang sudah bertahun-tahun minum darah sendiri melainkan berjaya menewaskan United di Old Trafford.