Police Tero Ke Johor Bahru
Asia Tenggara
Police Tero FC
Advertisements

Kelab Thailand, Police Tero menggunakan tempoh rehat liga dengan mengadakan kem latihan di Johor Bahru, Johor.

Perkara ini diumumkan pengurusan kelab menerusi satu hantaran di platform media sosial mereka hari ini.

“Mari pergi ke Johor Bahru. Pagi yang gelap hari ini, pemain dan staf Tero FC berlepas ke kem latihan di Johor Bahru, Malaysia dari 13-21 Mac 2024,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Penganjuran kem ini bukan saja memberi peluang kepada pengendali The Silver Shield Dragon, Tan Cheng Hoe mengenali anak buahnya.

Malah, ini peluang buat barisan pemain memahami falsafah bola sepak beliau dan menambahbaik kelemahan pasukan sebelum perlawanan liga seterusnya.

Dengan Police Tero masih lagi berada dalam zon penyingkiran Thai League 1, pasukan itu perlu tampil lebih mantap selepas ini untuk kekal dalam liga untuk musim hadapan.

Advertisements

Police Tero selepas ini bakal berdepan Muangthong United dalam aksi liga seterusnya pada 31 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram