Advertising
Posisi Pratama Arhan Hilang Di Tangan 3 Pemain Kacukan Eropah
MakanBola
ASEAN United FC

Posisi dua pemain muda berbakat Indonesia, Asnawi Mangkualam dan juga Pratama Arhan bakal hilang di tangan pemain warisan Eropah.

Usaha Persatuan Sepakbola Indonesia (PSSI) untuk mengambil lebih ramai pemain warisan daripada Eropah telah menguntungkan Sang Garuda dalam tempoh singkat.

Ad

Kemasukan ramai pemain kacukan terutamanya di Belanda telah mencabar posisi beberapa pemain utama yang telah membawa cabaran Indonesia sebelum ini.

Ad

Kemas kini terbaru skuad yang bakal dibawa oleh Shin Tae-yong menyaksikan beberapa pemain warisan kekal dalam skuad selain tambahan seorang lagi pemain baharu.

Kehadiran tonggak pertahanan kiri, Calvin Verdonk yang kini berkelana di Eropah bersama NEC Nijmegen membuka lembaran baharu buat Indonesia.

Ad

Kedudukan ini pastinya mencabar tempat pemain muda Indonesia, Pratama Arhan yang beraksi cemerlang sejak beberapa tahun lalu.

Ad

Posisi kanan pula menampilkan kelibat Sandy Walsh dengan sebahagian besar pertahanan tengah diisi oleh pemain warisan seperti Jordi Amat, Jay Idzes, Justin Hubner dan lain-lain.

Ad

Indonesia membawa 4 pilihan pertahanan kiri dengan tiga daripadanya merupakan pemain warisan dan berkelana di Eropah iaitu Verdonk, Nathan Joe-A-On dan Shayne Pattynama.

Indonesia akan menentang Iraq jam 5 petang, 6 Jun 2024 sebelum melayan cabaran Filipina pada 11 Jun 2024.