Terdapat potensi berlakunya rombakan pada beberapa posisi penting dalam skuad Johor Darul Ta’zim iaitu JDT vs Buriram United.
Anak buah Hector Bidoglio sekali lagi terikat dengan keputusan seri 0-0 menentang jaguh Thailand itu di gelanggang lawan.
Skuad Harimau Selatan telah bertemu Buriram United sebanyak dua kali musim ini di AFC Champions League Elite (ACLE) dan merekodkan dua keputusan seri tanpa jaringan.
Aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 11 Mac ini dijangka bakal diwarnai dengan perubahan pada beberapa posisi penting.
Aksi tempoh hari menyaksikan pertahanan kanan, Oscar Arribas menerima penilaian kurang memberangsangkan iaitu 6.6 mata oleh laman Sofascore.
JDT memiliki khidmat pertahanan kental, Matthew Davies yang boleh memainkan peranan penting sekiranya perubahan mahu dilakukan oleh pasukan gergasi tanah air itu.
Perancang tengah baharu JDT, Alselmo Moraes hanya menerima 6.5 mata dan mengharungi cabaran sukar mengawal rentak pasukan. Beliau juga dicabar oleh pemain tengah lawan iaitu Goran Causic dan juga Peter Zulj.
Antara calon yang boleh mengisi posisi tersebut dari bangku simpanan termasuklah Afiq Fazail, Nazmi Faiz Mansor dan juga Heberty.
JDT bergelut untuk mencetak jaringan sunguhpun menggunakan khidmat Bergson pada babak kedua dan Obregon selaku pemain gantian.
Wakil tunggal Malaysia itu bagaimanapun memiliki beberapa pilihan sebagai pengganti iaitu Romel Morales, Jese Rodriguez dan juga pemain baharu, Samu Castillejo.
Aksi antara JDT vs Buriram United dijadualkan berlangsung pada jam 8 malam, Selasa ini.