Pemain pertahanan Indonesia, Pratama Arhan bakal beraksi di liga utama Jepun, J1 League.
Ini selepas pasukan diwakilinya ketika ini iaitu Tokyo Verdy telah dipromosikan untuk naik ke liga utama Jepun musim depan.
Keputusan seri yang diraih Tokyo Verdy ketika bertemu Shimizu pada aksi playoff J2 League hari ini sudah cukup bagi memastikan slot ke J1 League 2024 menjadi milik skuad kendalian Hiroshi Jofuku.
Biarpun Pratama Arhan tidak beraksi pada aksi sebentar tadi namun kejayaan ini cukup bermakna buat Arhan dan pasukan selepas penantian selama 15 tahun.
Kali terkahir Tokyo Verdy beraksi di J1 League adalah pada tahun 2008 dan sejak 2009 hingga 2023 mereka beraksi di J2 League.
Peluang ini cukup berharga buat pertahanan muda Indonesia Pratama Arhan yang bakal beraksi di liga yang lebih kompetetif dan mencabar.
Untuk musim 2023, Tokyo Verdy menamatkan saingan J2 League di tangga ketiga dengan 75 mata diraih selepas mencatat 21 kemenangan. Tokyo Verdy berkongsi mata bersama pasukan yang berada di kedudukan kedua iaitu Jubilo Iwata namun dibezakan dengan jumlah jaringan.
Musim depan Tokyo Verdy akan kembali di J1 Legue dan pastinya bakal memberi cabaran buat pasukan lain di liga utama Jepun.