Pertahanan Indonesia, Pratama Arhan yakin Indonesia sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan cabaran Australia.
“Persiapan menentang Australia sangat rapi dan teratur. Ahli pasukan mencurahkan seluruh masa dan tenaga untuk memastikan setiap aspek sempurna untuk aksi bertemu Australia.”
“Bermain di pusingan 16 amat bermakna buat Indonesia dan setiap pemain sedang memberikan yang terbaik. Ianya sukar namun kami akan berikan yang terbaik.” ujar Pratama Arhan.
Pemain berusia 22 tahun itu juga mengagumi prestasi semasa pasukan yang semakin serasi dibawah kendalian jurulatih Shin Tae-yong.
“Dibawah bimbingan jurulatih Shin Tae-yong, kami berjaya menewaskan Vietnam buat pertama kali dalam masa 7 tahun. Pasukan juga konsisten menjaringkan gol dalam setiap perlawanan di Piala Asia.”
“Staf kejurulatihan bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk menganalisis kekuatan dan kelemahan Australia untuk merangka taktikal pasukan Indonesia.”
“Kami telah menjalani latihan berat untuk meningkatkan skill dan tahap kecergasan untuk meraih keputusan terbaik di atas padang kelak.” ujarnya lagi.
Pratama Arhan merupakan pemain penting Indonesia dibahagian pertahanan kiri pasukan setelah beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan Piala Asia malah beliau turut memiliki kelebihan dalam melakukan lontaran jarak jauh.
Indonesia akan berdepan cabaran besar dalam pusingan 16 Piala Asia 2023 apabila akan menentang bekas juara tahun 2015, Australia di Stadium Jassim bin Hamad pada 28 Januari ini.