Polis telah melakukan siasatan ke atas pengerusi Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA), Chung Mong-gyu yang melampaui bidang kuasanya kerana mengambil jurulatih asing secara unilateral untuk pasukan kebangsaan bagi melantik Jurgen Klinsmann.
Perkara ini dilaporkan oleh sebuah akhbar, Chosun Ilbo pada Isnin bahawa polis Korea Selatan boleh mendakwa Chung kerana menghalang perniagaan kerana melantik Jerman Jurgen Klinsmann sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan sendirian.
Sebelum ini, Jawatankuasa Kebajikan Awam memfailkan aduan terhadap pengerusi KFA itu.
Jawatankuasa itu menuduh Chung campur tangan dalam kerja pegawai persatuan selain memaksa mereka untuk meluluskan Klinsmann sebagai jurulatih baharu Korea Selatan.
Prestasi buruk Korea Selatan di bawah Klinsmann juga telah mengundang kritikan termasuklah ketika Taeguk Warriors tersingkir pada aksi separuh akhir berdepan Jordan.
Korea Selatan memgambil keputusan untuk memecat pengendali kelahiran Jerman selepas dia gagal membantu Korea Selatan memenangi Piala Asia tahun ini.
KFA menyatakan bahawa beliau telah gagal mempamerkan keupayaan pengurusan dan kepimpinan seperti taktik kepada pengurusan kakitangan dan memuncak apabila berlakunya pergaduhan skandal antara Son Heung-min dan Lee Kang-in tepat menjelang separuh akhir.
Etika kerja Klinsmann turut dipersoalkan tatkala beliau kerap bekerja dari luar negara dan bukannya berada di Korea Selatan.
KFA juga perlu membayar sejumlah wang yang besar tatkala kontraknya tamat pada tahun 2026 dan kakitangan kejurulatihannya $7.5 juta (RM17.94 juta )sebagai pampasan.
Sejak beberapa hari lalu, sejumlah besar penunjuk perasaan telah berkumpul di hadapan ibu pejabat KFA untuk meminta peletakan jawatan Chung dilakukan dengan segera.
“Kehormatan pemain dimusnahkan kerana KFA menyalahkan kekalahan (menentang Jordan) atas pertengkaran antara Son Heung-min dan Lee Kang-in untuk mengelakkan kritikan pedas terhadap persatuan itu,” tulis kenyataan Jawatankuasa Kebajikan Awam yang dikeluarkan selepas memfailkan tambahan tuduhan memfitnah Chung, jurulatih Klinsmann dan naib pengerusi KFA Kim Jung-bae.