Presiden Pau: Kami Bawa Masuk Quang Hai Hanya Untuk Buat Duit
MakanBola
Pau FC
Sponsors

Presiden Pau FC, Bernard Laporte-Fray mengakui kemasukan Nguyen Quang Hai hanyalah untuk tujuan pemasaran.

Sejak berkelana di Perancis bersama Pau FC, pemain berusia 25 tahun itu bergelut untuk mencari rentak dan minit permainanan apabila hanya berjaya menjaringkan satu gol daripada 13 penampilan. 

Ad

Presiden Pau mahu Quang Hai untuk menjadi seperti bintang dunia, Lionel Messi. Namun, beliau sedar dan faham ianya bukan satu tugas mudah untuk pemain muda itu kerana perlu cepat mengadaptasi persekitaran dan corak permainanan di Eropah. 

Ad

Menurutnya, Quang hai suka bersendirian dan masih belum fasih berbahasa Perancis meskipun sedang mengambil kursus bahasa. 

“Sudah tentu, kita bercakap tentang pemasaran,” kata Laporte-Fray. 

Ad

“Kami mahu dia (Quang Hai) menjadi Lionel Messi sebenar tetapi dia terpaksa berdepan persekitaran baharu, berbeza dengan apa yang dia hadapi di Vietnam.

Ad

“Bukan mudah untuk dia menyesuaikan diri, dia juga suka bersendirian dan tidak boleh berbahasa Perancis, walaupun dia sedang berkursus.

Ad

“Kami mahu dia mara ke pasukan utama, tetapi pada masa yang sama, dia juga perlu menunjukkan kualiti,” kata Presiden Pau kepada La République des Pyrénées dipetik daripada Mainstand.

Begitulah nasib-nasib pemain yang berpindah ke luar negara dengan harapan untuk mendapatkan pengalaman baharu namun dengan tujuan yang lain. 

Sebelum ini, bintang Vietnam itu telah diturunkan ke divisyen lima untuk beraksi bersama pasukan Pau FC B. Tujuannya adalah untuk memberikan minit permainan kepadanya jelas Presiden Pau. 

Kontrak Nguyen Quang Hai dengan Pau FC bakal tamat pada Jun 2024. Sama ada beliau kekal atau tidak masih belum dapat disahkan.