Advertising
Quang Hai Diturunkan Ke Divisyen 5 Perancis
Dunia
MakanBola
Pau FC

Bintang muda Vietnam, Nguyen Quang Hai difahamkan telah beraksi bersama pasukan B Pau FC yang bermain dalam saingan Divisyen kelima Liga Perancis.

Selepas kurang mendapatkan tempat dalam skuad, pihak kelab telah menghantar beliau ke sana secara pinjaman untuk memberikan lebih minit permainan seperti yang dilaporkan The Thao.

Ad

Bersama skuad senior, Quang Hai hanya beraksi sebanyak 259 minit dalam 12 perlawanan diturunkan. 

Ad

Selepas tamat saingan Piala AFF yang lalu, Quang Hai beraksi sebanyak 2 minit dimasukkan sebagai pemain gantian dalam satu perlawanan tempoh hari.

Ramai berharap bintang muda ini mampu mendapat rentaknya selepas tamat kempen Piala AFF apabila beliau berjaya membantu Vietnam menjadi naib juara. 

Ad

Akan tetapi sebaliknya berlaku, beliau terus diperam oleh jurulatih utama skuad Pau FC.

Ad

Kini, Pau FC berada di kedudukan ke-15 dalam liga. Nasib Quang Hai masih belum dipastikan namun ketika beliau masih beraksi di Eropah.

Ad