Kejayaan cemerlang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pemilik Kelab, DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor telah mendapat perhatian Presiden Paris Saint-Germain (PSG).
Menerusi surat yang dihantar kepada pihak kelab, Presiden Paris Saint-Germain FC, Nasser Al-Khelaifi, mengucapkan tahniah kepada DYAM Tunku Ismail dan JDT di atas musim 2024-25 yang begitu dominan.
Kejayaan ini termasuklah kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut beserta kejayaan merangkul 16 trofi yang turut diraih oleh pasukan dari Akademi JDT di peringkat pelbagai umur.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda dan seluruh warga Johor Darul Ta’zim FC atas kejayaan bersejarah memenangi kejuaraan Liga Super Malaysia ke-11,” demikian menurut surat tersebut.
“11 kejuaraan berturut-turut Johor sejak 2014 adalah bukti visi dan kepimpinan anda yang jelas, disokong oleh bakat serta dedikasi seluruh pasukan.”
“Sama hebatnya, pencapaian 16 trofi musim ini dari pasukan belia hingga pasukan utama turut menyerlahkan komitmen jangka panjang anda terhadap pembangunan bola sepak.”
“Seperti biasa, saya sentiasa sedia membantu. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada anda dan Johor Darul Ta’zim FC menjelang Final Piala Malaysia.”
PSG dan JDT sebelum ini telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama malah kelab gergasi Eropah ini berpotensi bagi menjadi salah satu lawan pra musim skuad Harimau Selatan itu nanti