Advertisement
JDT & PSG Setuju Jalin Kerjasama
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencapai persetujuan bagi menjalin kerjasama bersama gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).

Perkara ini diumumkan menerusi satu hantaran di media sosial JDT yang menyaksikan Pemilik Kelab, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC.

“Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC diketuai oleh Daniel Markham, Ketua Kakitangan kepada Nasser Al-Khelaifi, Presiden PSG.”

Delegasi yang diketuai oleh Daniel Markham merangkap Ketua Kakitangan kepada Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi itu menyaksikan persetujuan prinsipal dicapai untuk menjalin kerjasama antara juara Ligue 1 Perancis itu dengan JDT.

“Di mana satu persetujuan prinsipal dicapai untuk menjalin kerjasama antara juara Ligue 1 Perancis itu dengan JDT,” umum JDT di media sosial rasmi pasukan.

Beberapa aspek yang menjadi topik perbincangan antara kedua-dua pasukan terutamanya melibatkan kolaborasi bersama kelab di bawah pemilikan Qatar Sports Investment selain hal-hal seperti pembangunan dan infrastruktur.

“Antara aspek yang dibincangkan termasuk ‘multi-club partnership’ dengan kelab-kelab bola sepak dimiliki oleh Qatar Sports Investments, pembangunan bola sepak peringkat akar umbi, infrastruktur, penjenamaan serta perkongsian kepakaran & teknologi.”

Selain itu, Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi turut mempelawa DYAM Tunku Ismail untuk berkunjung ke Paris bagi menonton pasukan kendalian Luis Enrique beraksi dan melawat pusat latihan baharu.

DYAM Tunku Mahkota Ismail turut menerima jemputan daripada Nasser Al-Khelaifi ke Paris untuk melawat pusat latihan baharu PSG dan menghadiri perlawanan di Parc des Princes. Luaskan Kuasamu Johor.

Sebelum ini juga, DYAM Tunku Ismail telah mengadakan sesi pertemuan bersama Nasser Al-Khelaifi ketika di Qatar untuk membincangkan potensi mengenai kerjasama kedua-dua kelab ini.

Malah, DYAM Tunku Ismail turut berpeluang menonton sesi latihan pasukan PSG dan bertemu beberapa tonggak utama pasukan Les Parisiens seperti Marquinhos, Bradley Barcola, Achraf Hakimi dan Ousmane Dembele.