Advertising
Penjaga Gol PSG Cedera Di Muka, Dipijak Pemain Lawan
Ligue 1
MakanBola
Paris Saint-Germain

Penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Gianluigi Donnarumma mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dalam aksi terbaru Ligue 1.

Daily Mail melaporkan penjaga gol Itali itu ditimpa malang apabila mukanya dipijak pemain pertahanan AS Monaco, Wilfried Singo semasa cuba menafikan percubaannya pada separuh masa pertama.

Situasi itu menyebabkan Donnarumma terpaksa menerima 10 jahitan daripada pasukan perubatan PSG. Pengendali PSG, Luis Enrique kemudiannya memasukkan Matvey Safonov sebagai pengganti penjaga gol berusia 25 tahun itu.

Ad

Semasa rehat separuh masa, Donnarumma dilihat meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengadil perlawanan, Francois Letexier dalam terowong stadium. Ini kerana beliau merasakan Singo sepatutnya menerima kad kuning akibat terjahan tersebut.

Ad

Susulan itu, PSG mendoakan yang terbaik buat bekas penjaga gol A.C Milan itu. “Kami mendoakan yang terbaik buat Gigio mengalami kecederaan muka yang serius dan terpaksa meninggalkan perlawanan pada babak pertama,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sebaik mengetahui kecederaan serius yang dialami Donnarumma, Singo memohon maaf atas apa yang berlaku.

Ad
Ad

“Niat saya sudah tentu tidak sengaja tetapi saya dapat lihat selepas itu bahawa beliau mengalami kecederaan yang serius pada mukanya. Saya doakan moga anda cepat sembuh,” katanya dalam satu hantaran Instagram Story.

Ad

Selain memohon maaf di media sosial, Singo turut memohon maaf kepada Donnarumma dan mendoakan yang terbaik buat beliau selepas tamat perlawanan.

Aksi AS Monaco dan PSG itu berakhir dengan kemenangan 4-2 buat anak buah Luis Enrique. Desire Doue meletakkan PSG di hadapan pada separuh masa pertama.

Eliesse Ben Seghir dan Breel Embolo kemudiannya menyumbat gol bagi membolehkan Monaco mendahului kelab gergasi Perancis itu.

Dua gol Ousmane Dembele dan Goncalo Ramos memastikan PSG meraih kemenangan ke-12 dalam saingan Ligue 1. Keputusan itu menyaksikan PSG terus dominan di persada liga dengan 40 mata.

Monaco pula kempunan merapatkan jurang mata dengan PSG apabila kekal di tangga ketiga dengan 30 mata. Aksi sama turut menyaksikan Letexier melayangkan kad merah kepada jurulatih Monaco, Adi Hutter .