Pengurus PSG, Luis Enrique Alami Kemalangan Basikal
MakanBola
Paris Saint-Germain

Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique mengalami kemalangan semasa berbasikal baru-baru ini.

Kemalangan tersebut menyebabkan bekas jurulatih Barcelona itu mengalami kecederaan patah tulang rusuk. Susulan itu, beliau akan menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan tersebut.

“Kelab menyatakan sokongan penuh dan mendoakan semoga beliau cepat sembuh. Berita terbaru akan dikongsikan dalam masa terdekat,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Enrique akan berada di tepi padang menjelang aksi Ligue 1 antara PSG dan Lens pada 14 September.

Pemulihan kecederaan patah tulang rusuk memerlukan pesakit berehat antara enam hingga lapan minggu.

Pesakit juga perlu memakai anduh selama beberapa minggu selepas pembedahan sebelum mula menjalani proses pemulihan.

Enrique cukup dikenali kerana suka berbasikal pada masa lapang. Tabiat itu diamalkan beliau semasa melatih Barca, AS Roma, Celta Vigo, Sepanyol dan PSG.

Semasa bersama PSG, beliau membantu kelab itu muncul juara Liga Juara-Juara UEFA (UCL) buat kali pertama dalam sejarah pada Mei lalu.

Claim Money Packet TnG