Bekas Pertahanan Liverpool Tinggalkan Kelab Perancis
Ligue 1
Mamadou Sakho
Advertisements

Selepas didakwa bertelagah dan memukul jurulatih Montpellier, Michel Der Zakarian, bekas bek tengah Liverpool, Mamadou Sakho memilih meninggalkan kelab itu sebagai ejen bebas.

Perkara ini diumumkan oleh Sakho dan La Paillade menerusi kenyataan berasingan di laman media sosial rasmi mereka awal pagi tadi.

“Selepas 10 hari bermuhasabah, kedua-dua pihak dengan niat baik bersetuju menamatkan kontrak yang dimeterai secara bersama.

Advertisements

“MHSC mengucapkan terima kasih kepada Mamadou Sakho sepanjang pembabitannya di Montpellier dan kelab ingin mengucapkan kepada beliau dan keluarga selamat berjaya dalam usaha mereka yang seterusnya,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Begitupun, Sakho dilihat tidak berselindung dalam menyatakan punca mengapa beliau bertindak meninggalkan La Paillade.

“Anda perlu tahu bila hendak meninggalkan meja bila rasa hormat itu tidak wujud,” katanya di Instagram.

Advertisements

Beliau merekodkan 49 penampilan bersama Montpellier sejak menyertai mereka pada 2021. Bagaimanapun, hanya enam penampilan saja direkodkan sepanjang tempoh Der Zakarian.

Ini bukan kali pertama isu disiplin menjadi punca Sakho meninggalkan pasukan. Semasa bersama The Reds, isu disiplin mengakibatkan beliau tidak sehaluan dengan pengurus Jerman, Jurgen Klopp.

Selepas didapati lewat sebanyak tiga kali semasa pra-musim 2016-2017, Sakho digugurkan ke pasukan simpanan dan tidak membuat sebarang penampilan untuk Liverpool.

Advertisements

Beliau kemudiannya dipinjamkan ke Crystal Palace dalam tetingkap perpindahan Januari 2017.

Sakho kemudiannya menyertai mereka secara tetap dengan yuran perpindahan £26 juta (RM150 juta) pada musim panas 2017.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram