Advertisement
Tunku Ismail Bincang Potensi Kerjasama JDT & PSG
Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor berbincang potensi kerjasama JDT dan Paris Saint Germain (PSG).

Baginda dalam satu kenyataan oleh laman Johor Southern Tigers memaklumkan berkenaan pertemuan dengan pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi.

“Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dijemput sebagai tetamu khas Presiden Paris Saint-Germain FC Nasser Al-Khelaifi bagi menyaksikan sesi latihan PSG di Stadium 974 di Doha, Qatar semalam, 4 Januari 2025.

“DYAM Tunku Mahkota Ismail mewakili Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim bagi perbincangan antara pengurusan tertinggi PSG dan JDT mengenai ‘partnership’ antara kedua-dua kelab tersebut dalam aspek penjenamaan, infrastruktur dan pembangunan akar umbi. 

Bukan itu sahaja, DYAM Tunku Ismail turut berpeluang untuk bertemu dengan pemain PSG di Doha, Qatar.

“Baginda juga bertemu dengan para pemain PSG dan turut dijemput untuk menghadiri perlawanan Trophee des Champions PSG menentang AS Monaco di Doha malam ini,” ujarnya di laman JST.

DYAM Tunku Ismail juga sudah bertemu beberapa pemimpin besar di Qatar seperti Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Ini juga merupakan pertemuan kali kedua antara Baginda dan juga Nasser Al-Khelaifi setelah kali pertama bersua tahun ini pada 18 Disember lalu.