Prestasi JDT Ke-4 Terbaik Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Persembahan konsisten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan liga domestik dan di pentas Asia telah diiktiraf antara yang terbaik di dunia.

JDT di bawah bimbingan Hector Bidoglio ketika ini selesa memimpin carta Liga Super Malaysia dengan 46 mata, 11 mata meninggalkan pencabar terdekat, Selangor di tangga kedua.

Ad

Selain itu, skuad Harimau Selatan sedang bersaing hebat di pentas AFC Champions League Elite (ACLE) apabila berada di kedudukan ke-6 setelah 6 perlawanan setakat ini dengan mengumpul 8 mata.

Ad

Aksi cemerlang dari juara Liga Super 2023 telah diiktiraf oleh laman terkemuka, Transfermarkt apabila meletakkan JDT di kedudukan ke-4 bagi pasukan dengan prestasi terbaik dalam 10 perlawanan terakhir.

Dalam 10 aksi terakhir tersebut, JDT telah merekodkan 9 kemenangan dan satu keputusan seri sekaligus diangkat sebagai pasukan ke-4 terbaik dunia oleh Transfermarkt bersama beberapa kelab dari Eropah.

Ad

Tiga pasukan teratas bagi kategori ini terdiri daripada kelab Armenia, FC Noah, Lincoln FC dari Gibraltar dan juga Red Star Belgrade dari Serbia yang mencatat 10 kemenangan bersih.

Ad
JDT Transfermarket Prestasi JDT Ke-4 Terbaik Dunia
Transfermarkt

Ujian seterusnya buat JDT adalah berdepan Sabah dalam saingan Liga Super pada Sabtu di Stadium Sultan Ibrahim dengan sepak mula perlawanan tepat jam 8.15 malam.

Ad

Manakala, bagi saingan ACLE, JDT akan terbang ke Australia untuk perlawanan ketujuh berdepan Central Coast Mariners pada 11 Februari jam 4 petang waktu tempatan.