Prestasi Pau Marti Akan Dinilai Dalam Dua Kejohanan
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Prestasi Pemangku Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente bakal dinilai oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui dua kejohanan terdekat.

Dalam satu siaran media sebentar tadi, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi menegaskan prestasi Pau Marti akan dinilai dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2024, September depan serta kejohanan Piala Mitsubishi Electric 2024 hujung tahun ini.

Ad

“Sudah pasti tugasan pertama Pau Marti selaku pemangku ketua jurulatih Harimau Malaya ialah untuk mengemudi pasukan bagi pertandingan Pestabola Merdeka 2024 yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada September ini dengan disertai tiga pasukan lain iaitu Tajikistan, Lebanon dan Filipina.

Ad

“Pada masa yang sama, Jawatankuasa Pengurusan Pasukan-pasukan Kebangsaan FAM akan terus menilai dan memantau prestasi skuad Harimau Malaya dari semasa ke semasa di bawah kendalian Pau Marti ini terutama menjelang Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 pada November dan Disember ini serta Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac depan,” jelas Yusoff dalam siaran media FAM.

Selain Pau Marti, semua staf kejurulatihan yang lain turut dikekalkan dan hanya Kim Pan-gon sahaja yang meninggalkan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan.

Ad

Untuk rekod, Kim Pan-gon hadir sebagai jurulatih skuad kebangsaan Malaysia sejak 2022 dan pelbagai kejayaan dicapai seperti mara ke Piala Asia buat pertama kali secara merit.

Ad