Advertisement
Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain
Harimau Malaya
MakanBola
Edited By FZ

Malaysia bakal membuat perhitungan hidup dan mati apabila turun menentang Bahrain dalam aksi kedua peringkat Kumpulan E Piala Asia 2023 pada hari Sabtu.

Harimau Malaya wajib mencatatkan kemenangan dalam menghidupkan sisa-sisa perjuangan mereka dalam kempen Piala Asia ini setelah dibedil Jordan 4-0 dalam aksi pembukaan tempoh hari.

Berdasarkan hipotesis awal, tiada perbezaan besar di antara Bahrain dan Jordan dalam aspek gaya permainan, apabila mereka cenderung untuk bermain secara terus (direct) serta mengeksploitasi kekuatan fizikal yang dimiliki oleh pemain mereka ke atas pasukan lawan.

Malah, kedudukan ranking FIFA terkini juga menunjukkan bahawa Bahrain berada di ranking ke-86, manakala Jordan berada di ranking ke-87.

Oleh yang demikian, anak buah Kim Pan-Gon boleh menjangkakan bahawa mereka bakal berhadapan dengan gaya permainan lawan yang hampir serupa, sekaligus menuntut pasukan untuk memperbaiki isu ‘cohesion’ yang berlaku dalam perlawanan terdahulu bagi mengelakkan gawang pasukan dibocori.

Oleh itu, analisis oleh Coach Saiful di MakanBola ingin menggariskan 4 perkara yang perlu diawasi oleh Harimau Malaya dalam meneutralkan ancaman Bahrain.

Ramalan Kesebelasan Utama Kedua-dua Pasukan

LU Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Skuad kebangsaan menjadi mangsa kritikan dari segelintir penyokong yang mendakwa sistem 3-4-3 yang digunakan dalam perlawanan menentang Jordan tidak serasi dengan kemampuan pemain yang diturunkan dalam perlawanan tersebut.

Untuk perlawanan ini, kami menjangkakan bahawa Bahrain akan mengekalkan sistem serta kesebelasan utama pasukan yang sama ketika bertemu Korea Selatan dengan formasi 4-4-2 atau 4-4-1-1 yang telah digunakan oleh Dilmun Warriors dalam 5 aksi terdahulu.

Malaysia perlu berwaspada dengan struktur serangan 4-2-4 Bahrain, dengan kawalan ketat harus diberikan kepada dua pemain sayap lawan iaitu Mohamed Marhoon dan Ali Madan yang mempunyai kepantasan, serta kualiti gelecekan yang mampu merobohkan blok pertahanan Harimau Malaya.

Bagi pasukan Malaysia pula, kami menjangkakan bahawa Kim Pan-Gon akan melakukan sedikit rombakan kepada barisan pemain, serta menukar sistem permainan daripada 3-4-3 kepada 4-4-2 yang berorientasikan ‘flexibility’, di mana ianya boleh berubah kepada 4-2-3-1 serta 4-3-3 mengikut situasi permainan.

Perancang berpengalaman negara, Brendan Gan dilihat calon yang ideal untuk dipertaruhkan dan bergandingan bersama Stuart Wilkin sebagai ‘Double Pivot’ pasukan.

Kerja keras (work rate) yang dimiliki oleh Brendan dalam memberi perlindungan kepada ruang antara antara ‘Centre Backs’ serta ‘Fullbacks’ pasukan.

Visi hantarannya turut membolehkan Malaysia melancarkan serangan dari ‘deeper area’ selain Malaysia juga memerlukan pemain yang selesa untuk melakukan ‘ball circulations’ di fasa awal serangan bagi mencari sebarang bukaan di antara garis pertahanan Bahrain.

Keadaan ini sekaligus menjadikan dirinya calon paling baik bagi memikul tanggungjawab tersebut berdasarkan pendapat kami.

Bermain dengan sistem ‘Back 4’, Malaysia memerlukan ‘Centre Backs’ yang selesa bermain di garisan tinggi ketika Junior Eldstal kelihatan sedikit bergelut dalam aspek ini ketika perlawanan menentang Jordan.

Situasi ini membuka peluang buat Shahrul Saad untuk bergandingan bersama Dion Cools sebagai gandingan pertanan tengah bagi menghadapi perlawanan ini.

‘Tactical tweaks’ ini juga berpotensi untuk menggunakan kemampuan sebenar Arif Aiman untuk memainkan peranan sebagai ‘False 10’ bagi mengeksploitasi ‘space in between the lines’, serta meletakkan ‘MR MVP’ ini untuk mencipta situasi ‘Positional Superiorities’ yang mampu membawa masalah kepada pertahanan Bahrain.

Perkara ini sejajar dengan saranan Tengku Makhota Johor yang melontarkan pendapat bahawa Harimau Malaya memerlukan pemain ‘Number 10’ bagi menghidupan serangan pasukan menerusi satu perkongsian di media sosialnya.

Mid Blocks’ 4-4-2 Bahrain Yang Padat

Bahrain dijangka menyusun blok bertahan mereka secara ‘Mid Blocks’ 4-4-2, di mana penumpuan utama mereka adalah untuk menutup pilihan hantaran tengah, serta memaksa Harimau Malaya untuk banyak bermain secara negatif menerusi hantaran-hantaran jauh yang kurang efektif.

B1 Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Gambar di atas menunjukkan bagaimana Bahrain menyusun blok bertahan mereka secara ‘Mid Blocks’ 4-4-2 ketika menentang Korea Selatan, dengan kedua-dua penyerang mereka mengenakan ‘shadow marking’ ke atas ‘Double Pivot’ pasukan lawan, serta menghalakan permainan pasukan lawan ke bahagian sisi padang.

Situasi ini mendorong Korea Selatan untuk melakukan pengedaran bola (ball circulations) ke segenap kawasan padang dalam usaha untuk mencari bukaan ruang di antara pemain Bahrain bagi mencipta peluang menjaringkan gol.

Meskipun blok pertahanan Bahrain didirikan oleh pemain-pemain mereka yang memiliki kualiti fizikal, namun mereka kelihatan sedikit bergelut dalam melakukan peralihan garisan pertahanan mereka tatkala pemain lawan melakukan ‘ball circulations’.

B2 Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Kelewatan peralihan garisan pertahanan oleh pemain Bahrain berpotensi untuk menghasilkan bukaan ruang di antara pemain mereka, sekaligus membolehkan hantaran penembusan dapat dilakukan bagi menembusi blok pertahanan kompak mereka.

BU 1 Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Malaysia boleh mengeksploitasi isu tersebut menerusi ‘flexibility’ dalam aspek struktur bagi merencana binaan serangan pasukan daripada Penjaga Gol.

Gambar rajah di atas menunjukkan salah satu idea yang boleh diguna pakai dalam melepasi blok bertahan Bahrain sekiranya pasukan lawan menaikkan garisan pertahanan mereka.

‘Mobility’ yang dimainkan oleh Brendan berupaya untuk membantu Malaysia mencipta Numerical Superiorities ketika fasa awal serangan bagi melepasi garisan tekanan pertama Bahrain.

Situasi ini turut mampu menolak Matthew Davies ke zon yang lebih tinggi, serta meletakkan Arif Aiman di posisi yang lebih menguntungkan pasukan.

BU 2 Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Malaysia juga harus mengoptimumkan pergerakan ‘off the ball’ di kalangan pemain agi membuka lorong hantaran buat rakan sepasukan.

BU 3A Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Lorong hantaran tersebut akan membantu Malaysia untuk menembusi blok pertahanan lawan menerusi kombinasi permainan bagi membebaskan 2 watak serangan penting negara, iaitu Faisal Halim dan Arif Aiman, serta mensasarkan ruang yang ditinggalkan di belakang barisan pertahanan Bahrain.

Waspada Ancaman Transisi Pantas Bahrain

Isu ‘cohesion’ yang dihadapi pasukan Malaysia ketika menentang Jordan tempoh hari menyukarkan kita untuk menghentikan transisi serangan pasukan lawan dengan efektif.

Isu tersebut berpotensi untuk kembali menghantui anak buah Kim Pan-Gon apabila Bahrain dilihat bergitu merbahaya apabila mereka berada dalam fasa transisi serangan, terutamanya menerusi kepantasan 2 pemain sayap mereka iaitu Mohamed Marhoon dan Ali Madan.

B3 Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Gambar di atas menunjukkan situasi awal ketika Bahrain berjaya merampas semula penguasaan bola daripada pasukan Korea Selatan. Perhatikan Ali Madan (dalam bulatan) yang memulakan larian dari kawasan bawah (deep area).

Ali Madan menggunakan kepantasan yang dimilikinya untuk menyerang bukaan ruang hasil dari kedudukan pertahanan lawan yang tidak tersusun ketika transisi permainan berlaku.

b5 Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Sekaligus membolehkan Bahrain mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

Bahrain bakal bermain secara fizikal

Ketika perlawanan menentang Korea Selatan, Bahrain telah memenangi 53% ‘duels’, sekaligus menunjukkan kemampuan mereka untuk bergasak secara fizikal bagi memenangi penguasaan bola, terutamanya di kawasan mereka sendiri seperti yang boleh diperhatikan menerusi statistik ‘ground duels’ di bawah ini.

GD Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Kekuatan fizikal yang dimiliki pemain Bahrain turut memberi kelebihan dalam perebutan bola di udara terutamanya menerusi situasi bola mati. Kelebihan

ini turut membolehkan pemain penyerang mereka, Al Hashsash untuk menerima hantaran bola secara ‘direct’ daripada rakan sepasukan, serta melakukan tugasan ‘hold and link-up’ play bagi membantu ansur maju pergerakan bola dengan lebih pantas bagi melepasi tekanan pemain lawan.

AD Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Menerusi statistik ‘aerial duels’ di atas, ianya sediki sebanyak menggambarkan organisasi serangan mereka yang bersifatkan ‘direct play’ bagi mengeksploitasi kualiti fizikal pemain serangan mereka.

Corak ‘direct play’ pasukan Bahrain

Bahrain dijangka menyusun serangan mereka berasaskan struktur 4-2-4, di mana mereka cenderung untuk melepasi pemain tengah mereka dengan melancarkan hantaran terus daripada penjaga gol serta pemain pertahanan mereka bagi mencari 4 pemain serangan mereka yang diterajui oleh Ali Madan, Komail Al-Aswad, Al hashsash dan Mohamed Marhoon.

gkd Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Statistik di atas menunjukkan corak hantaran penjaga gol Bahrain, Ebrahim Lutfalla ketika aksi menentang Korea Selatan, di mana beliau cenderung untuk melakukan hantaran-hantaran terus untuk segera bermain keluar dari kawasan bertahan bagi mencari pemain-pemain serangan pasukannya.

Organisasi serangan ini bertujuan untuk menggunakan kualiti fizikal serta kelajuan empat pemain serangan mereka dalam usaha untuk mencipta peluang jaringan gol.

‘Average Passing Networks’ di bawah ini boleh dijadikan justifikasi bagi menggambarkan organisasi serangan pasukan Bahrain yang dinyatakan sebelum ini.

PN Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain
b6 Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Gambar di atas ini pula menunjukkan antara situasi yang bakal dihadapi oleh pemain Malaysia ketika menentang Bahrain. Pasukan lawan dijangka akan mensasarkan pemain penyerang mereka, Al hashsash.

b7 Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Bagi membolehkan Bahrain untuk ansur maju permainan dengan mengeksploitasi kekuatan fizikal pemain penyerang mereka tersebut untuk melindungi bola serta melakukan kombinasi permainan bersama rakan sepasukan yang lain.

b8 Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Serta menjadikan struktur serangan 4-2-4 Bahrain menjadi lebih efektif.

Ancaman ‘wide attacking’ Bahrain

Malaysia harus memperkemaskan aspek mempertahankan kawasan sisi (wide area) pasukan, di mana ‘Double Pivot’ pasukan harus membantu pertahanan sisi pasukan untuk menghentikan gerakan serangan Bahrain yang akan digerakkan oleh 2 pemain sayap mereka iaitu Ali Madan dan Mohamed Marhoon.

b9 Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Gambar di atas menunjukkan detik awal sebelum gol pertama Bahrain dijaringkan ketika perlawanan menentang Korea Selatan. Mohamed Marhoon memiliki kualiti gelecekan serta kepantasan yang mampu menarik keluar pemain pertahanan lawan ke bahagian sisi.

b10 Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Sekaligus mencipta bukaan ruang di bahagian tengah yang dieksploitasi oleh Ali Madan.

b11 Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Serta membolehkan kombinasi permainan di antara Mohamed Marhoon dan Ali Madan.

b12 Previu Taktikal : 4 Perkara Yang Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya Dalam Meneutralkan Ancaman Bahrain

Bagi membantu Bahrain menjaringkan gol menerusi Al hashsash.

Setelah mengambil kira kekuatan pasukan Bahrain yang dikongsikan dalam artikel ini, pasukan Harimau Malaya harus meningkatkan disiplin mereka ketika bertahan, bagi meneutralkan ancaman serangan empat serangkai pasukan Bahrain.

Malaysia juga perlu berdisiplin dalam melakukan pengedaran bola (ball circulations) serta mengelakkan sebarang kesilapan dalam melakukan hantaran yang berpotensi mendedahkan pasukan kepada ancaman transisi serangan pantas pasukan lawan.

Berdasarkan sifir mudah, 3 mata akan menghidupkan peluang kita untuk merebut tempat ketiga terbaik bagi melepasi saingan peringkat kumpulan, sementara kekalahan akan menyebabkan Malaysia ditunjuk jalan keluar daripada kejohanan berprestij Asia ini.

Namun, barisan kejurulatihan serta pemain Malaysia tidak akan berdepan cabaran getir ini berseorangan, kerana doa dan sokongan jutaan rakyat Malaysia akan mengiringi ngauman Harimau Malaya untuk menerkam Bahrain.