Malaysia memulakan langkah kiri dalam saingan Piala Asia 2023 apabila tewas 0-4 kepada Jordan dalam perlawanan pertama Kumpulan E.
Dua watak penting skuad Jordan, Mahmoud Al Mardi dan Mousa Tamari jelas menjadi pemain duri dalam daging buat pasukan Harimau Malaya apabila mereka berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini.
Malaysia dilihat mempamerkan permainan yang berani apabila mereka menekan pasukan Jordan menerusi ‘High Block’ 5-3-2.
Situasi ini dapat digambarkan menerusi data purata kedudukan pemain ‘Average Positioning’ bagi menunjukkan purata kedudukan pemain Malaysia yang jelas bermain di garisan tinggi semasa aksi berlangsung.
![PN 1 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya PN 1 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/PN-1.jpg?resize=974%2C805&ssl=1)
Malaysia berjaya mengganggu kelancaran binaan serangan pasukan Jordan menerusi pendekatan ‘High Blocks’ dalam tempoh 10 minit pertama perlawanan dengan pemain pasukan lawan kerap melakukan hantaran-hantaran jauh yang tidak efektif bagi melepasi tekanan awal anak buah Kim Pan-Gon.
Info grafik ‘Average Passing Networks’ menunjukkan corak hantaran pasukan Jordan yang lebih beroerientasikan hantaran terus bagi mengeksploitasi kualiti pemain serangan mereka ke atas barisan pertahanan Malaysia.
![PN 2 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya PN 2 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/PN-2.jpg?resize=976%2C670&ssl=1)
Namun, isu ‘cohesion’ yang melanda pasukan Harimau Malaya menyebabkan mereka bergelut untuk mengekalkan kejituan struktur pasukan terutamanya bagi menghadapi transisi permainan pantas pasukan lawan, sekaligus melepaskan 4 gol dalam perlawanan ini.
Apa itu isu ‘cohesion’?
Sebelum kita pergi lebih jauh, kita harus memahami apa yang dimaksudkan dengan isu ‘cohesion’ ini. Secara teori mudah, ‘Cohesion’ boleh ditakrifkan sebagai metrik yang dapat mengukur tahap ikatan di antara pemain di dalam sesebuah pasukan yang boleh membantu mereka mencapai matlamat pasukan secara kolektif.
Ketiadaan ‘cohesion’ ini telah memecahkan struktur pasukan Malaysia, serta mendedahkan mereka kepada ancaman merbahaya setiap kali Jordan berada dalam fasa transisi serangan.
![A1 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya A1 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/A1.png?resize=1024%2C576&ssl=1)
Rajah di atas menunjukkan detik awal sebelum sepakan penalti diberikan kepada Jordan. Malaysia ketika ini sedang memulakan semula permainan setelah jaringan pertama Jordan pada minit ke-12, pemain menyusun serangan pasukan menggunakan struktur 3-1-6 di atas padang.
Pemain tengah negara, Stuart Wilkin memainkan peranan sebagai ‘Single Pivot’, sementara Afiq Fazail berada di posisi lebih menyerang.
![A2 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya A2 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/A2.png?resize=1024%2C576&ssl=1)
Pemain pertahanan negara, Junior Eldstal melakukan hantaran secara menyilang (diagonal) bagi mencari Corbin-Ong dan Romel Morales yang telah mencipta situasi dua lawan dua (2v2) bersama pemain pertahanan Jordan.
![M3 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya M3 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/M3.png?resize=1024%2C576&ssl=1)
Namun begitu, situasi ini menimbulkan isu ‘cohesion’ pasukan Malaysia berlaku, apabila tiada pemain negara berada berdekatan dengan Romel yang sedang melakukan cabaran bola di udara bagi membolehkan kita memenangi sebarang bola kedua.
Selain itu, tiada pemain berupaya untuk menghentikan transisi serangan sekiranya pemain pasukan lawan berjaya memperoleh semula penguasaan bola.
![M4 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya M4 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/M4.png?resize=1024%2C576&ssl=1)
Situasi ini membolehkan pemain Jordan, Nizar Al Rashdan untuk memperoleh ruang serta masa bagi menilai pilihan pemain yang boleh diberikan hantaran bagi serangan balas Jordan.
Perhatian Dion Cools juga kini terarah kepada pemain Jordan tersebut sehingga memberikan kesan kepada kedudukan bertahannya.
Perancang tengah negara, Afiq Fazail juga dilihat perlu lebih peka semasa membuat jangkaan masa bagi menekan pemain Nizar Al Rashdan menerusi situasi dua lawan satu (2v1), ketika Romel Morales turun untuk melakukan tugasan bertahannya.
![M5 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya M5 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/M5.png?resize=1024%2C576&ssl=1)
Tiada tekanan yang diberikan kepada pemain Jordan membolehkan Nizar Al Rashdan untuk melakukan ‘switching play’ kepada Yazan Al Naimat bagi mengeksploitasi ruang di antara Matthew Davies dan Arif Aiman.
Bukaan ruang ini berlaku ekoran respon yang dilakukan oleh Math Davies dan Junior Eldstal yang mengimbangi kedudukan Dion Cools sebelum itu.
![M6 1 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya M6 1 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/M6-1.png?resize=1024%2C576&ssl=1)
Yazan Al Naimat bijak menghidu bukaan ruang tersebut sebelum penyerang Jordan itu dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Matt Davies yang membawa kepada sepakan penalti.
Situasi ini juga membawa kepada jaringan gol kedua Jordan dalam perlawanan ini.
![M7 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya M7 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/M7.png?resize=1024%2C576&ssl=1)
Isu ‘cohesion’ ini turut berlaku ketika Jordan menjaringkan gol ketiga mereka dalam perlawanan ini. Menerusi gambar di atas, Malaysia sedang membina serangan mereka dengan struktur ‘3-1-6’, di mana Afiq Fazail memainkan peranan sebagai ‘Single Pivot’, sementara Stuart Wilkins menyertai unit serangan pasukan. Dion Cools menyerang ruang di hadapannya setelah melakukan kombinasi permainan bersama Corbin-Ong.
Dalam situasi ini, Junior Eldstal, Afiq dan Corbin perlu melakukan pelarasan posisi bagi mengimbangi tindakan Dion Cools yang kini telah berada di zon yang lebih tinggi bagi menyertai unit serangan pasukan.
![M8 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya M8 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/M8.png?resize=1024%2C576&ssl=1)
Hantaran yang dilakukan oleh Dion Cools berjaya dipatahkan oleh pertahanan lawan.
![M9 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya M9 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/M9.png?resize=1024%2C576&ssl=1)
Pemain Jordan pula menyasarkan ruang yang ditinggalkan oleh Dion Cools yang tidak ditutup oleh rakan sepasukannya sementara Junior Eldstal segera meninggalkan posisi asalnya bagi menekan pemain penyerang Jordan, Mousa Al-Tamari.
![M10 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya M10 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/M10.png?resize=1024%2C576&ssl=1)
Situasi ini telah menyebabkan wujudnya ruang di antara Junior dan Mattew Davies, yang bijak dieksploitasi oleh Yazan Al Naimat. Beliau menyerang ruang tersebut menerusi larian titik buta ke atas Mattew Davies.
![M12 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya M12 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/M12.png?resize=1024%2C576&ssl=1)
Keadaan ini membolehkan Yazan Al Naimat melakukan hantaran secara ‘cut back’ kepada penjaring gol ketiga Jordan, Mahmoud Al Mardi.
![M14 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya M14 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/M14.png?resize=1024%2C576&ssl=1)
Kedudukan ‘Rest Defense’ pasukan yang tidak ideal turut menyumbang kepada isu ‘cohesion’ yang dihadapi oleh Malaysia.
Menerusi situasi transisi permainan, pemain Jordan, Anas Al Awadat bijak mengesan kesilapan kedudukan Junior Eldstal yang telah membuka lorong larian buat Mousa Tamari.
![M15 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya M15 Analisis Taktikal : Memahami Isu 'Team Cohesion' Yang Melemaskan Harimau Malaya](https://i0.wp.com/makanbola.com/wp-content/uploads/M15.png?resize=1024%2C576&ssl=1)
Keadaan ini berlaku sebelum penyerang Jordan tersebut menewaskan Syihan Hazmi bagi mencatatkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini.
Penutup
Barisan kejurulatihan Malaysia di bawah kepimpinan Kim Pan-Gon diharap mampu memperbaiki isu ‘cohesion’ ini bagi mengembalikan rentak sebenar Harimau Malaya.
Kekalahan ini sedikit sebanyak menyukarkan hasrat Malaysia untuk berjaya mara ke kelompok 16 terakhir dalam kejohanan Piala Asia 2023 tatkala Bahrain dan Korea Selatan bakal menjadi pasukan lawan yang seterusnya buat Harimau Malaya.
Percaturan ampuh pengendali kelahiran Korea Sekatan ini ditagih bagi memastikan skuad negara dapat meneruskan perjalanan ke pusingan kalah mati kejohanan berprestij Asia.
Malaysia kini kehilangan -12.31 mata FIFA dan turun ke tangga 132 dunia menjelang aksi bertemu Bahrain.
Video: Malaysia vs Bahrain