Program Akar Umbi JDT Tarik Perhatian Korea Selatan
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Nama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus menjadi tumpuan hari ini apabila mereka menerima kunjungan daripada Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA).

Perkara ini dikongsikan pengurusan Harimau Selatan menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers.

Pengurusan JDT diketuai CEO, Alistair Edwards mengalu-alukan kehadiran delegasi KFA diketuai naib presiden, Choi Young-il.

Advertisements

Selain barisan pegawai organisasi itu, rombongan KFA turut disertai beberapa pasukan B-18 dari sekolah-sekolah tinggi Korea Selatan yang terpilih.

Lawatan ini menyaksikan perbincangan antara delegasi KFA dan pengurusan JDT berkenaan pembangunan akar umbi termasuk kewujudan akademi pemain yang baru.

Selain diskusi tentang aspek berkenaan, rombongan KFA turut dibawa melawat kemudahan milik Harimau Selatan termasuk Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Ini bukan kali pertama JDT menerima lawatan daripada delegasi kelab dan entiti antarabangsa.

Sebelum ini, pengurusan Harimau Selatan turut menerima lawatan daripada kelab A-League, Sydney FC dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 11 Oktober lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram