Projek JDT Racing & Hafizh Syahrin Bakal Bermula
UltraSukan
Hafizh Syahrin
Advertisements

Projek JDT Racing membabitkan jaguh motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah dijangka bermula tidak lama lagi.

Ini selepas Hafizh mendedahkan bakal mengadakan pertemuan dengan DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pada minggu hadapan.

Pertemuan ini dijangka menyentuh banyak perincian tentang pasukan termasuk nama pasukan dan jentera mana yang sesuai digunakan untuk Asia Road Racing Championship (ARRC).

Advertisements

Bagi Hafizh, peluang berlumba di bawah JDT Racing merupakan satu peluang yang tidak mahu dilepaskannya.

Dengan JDT sentiasa mengutamakan yang terbaik dalam segenap aspek, beliau berharap ini secara tidak langsung merealisasikan potensi dirinya sebagai pelumba motosikal yang berjaya.

“Saya ada potensi untuk jadi yang terbaik. Tapi lepas 2019, 2020 (dan) 2021, saya bergelut dekat lima tahun.

Advertisements

“Kemudian pada tahun-tahun seterusnya, saya pindah ke Superbike. Tiada apa yang berlaku yang dijanjikan oleh pasukan ataupun kilang. Tak dapat apa yang sama dengan motor yang sama.

“Kita tahu JDT akan bagi pakej yang terbaik dan saya akan buktikan potensi yang saya ada. Benda ini saya takkan lepaskan peluang, saya takkan sia-siakan.

“Saya akan buktikan masa kemuncak saya dulu dari 2014 hingga 2018, saya akan buktikan bahawa saya lebih bagus daripada yang dulu,” katanya semasa ditemubual Nadi Arena semalam.

Advertisements

Hafizh bakal berlumba untuk JDT Racing dalam saingan ARRC pada tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram