Proses pengambilalihan 100 peratus saham Kedah Darul Aman FC (KDA FC) oleh Mahsuri Medical Centre (MMC) menemui jalan buntu.
Dalam satu pengumuman rasmi KDA FC, pihak kelab memutuskan untuk tidak meneruskan perbincangan bersama MMC tentang penjualan 100 peratus saham kelab yang digelar Sang Kenari itu.
Pihak KDA FC juga mendoakan yang terbaik buat MMC dalam perniagaannya di masa hadapan.
“Pihak KDA FC telah menghantar surat kepada pihak Mahsuri Medical Centre pada hari ini 11 November 2024 untuk memaklumkan bahawa pihak KDA FC telah memutuskan untuk tidak meneruskan perbincangan tentang penjualan 100% saham KDA FC.
“Pihak KDA FC mendoakan yang terbaik kepada Mahsuri Medical Centre dalam pembangunan perniagaan di masa hadapan,” umum pengurusan KDA FC di laman Instagram.
Terdahului, MakanBola melaporkan KDA FC dalam proses untuk diambil oleh oleh Mahsuri Medical Centre dan surat tawaran sudah dihantar ke pihak pengurusan kelab untuk tindakan selanjutnya.
Dengan pengumuman rasmi KDA FC ini, secara jelas bahawa proses pengambilalihan 100 peratus saham kelab kepada MMC tidak menjadi kenyataan.