PSG Mandi Peluh Atasi Kelab Asia
Asia
Paris Saint-Germain
Advertisements

Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain akhirnya berjaya meraih kemenangan kedua pra-musim. Bagaimanapun, mereka perlu bekerja keras sebelum berjaya meraih kemenangan 3-0 ke atas Jeonbuk Hyundai Motors

Selepas diikat 0-0 dengan Al-Nassr dan tewas masing-masing kepada Cerezo Osaka dan Inter Milan, PSG sedar mereka perlu meraih kemenangan segera bagi memulihkan kembali moral.

Namun begitu, Jeonbuk membuktikan mereka bukan lawan mudah. Untuk 40 minit babak pertama, mereka berjaya mengekang asakan jentera serangan Les Parisien diketuai Neymar.

Advertisements

Kesungguhan PSG akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang Brazil itu melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Jeonbuk, Jeong Min-ki. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan membuat pertukaran bagi memberi peluang kepada pemain-pemain lain beraksi.

Luis Enrique memasukkan Carlos Soler, Fabian Ruiz, Marco Asencio dan anak jati Korea Selatan, Lee Kang-in untuk menambah sengat serangan PSG.

Advertisements

Percaturan bekas jurulatih Sepanyol itu berhasil apabila Neymar dan Asencio masing-masing menambah jaringan pada minit ke-83 dan 88 sekaligus mengesahkan kemenangan PSG ke atas kelab K-League 1 itu.

Dengan keputusan ini, maka tamatlah sudah jelajah pra-musim PSG di Jepun dan Korea Selatan. Kini, fokus mereka beralih kepada Ligue 1 dengan Lorient menanti sebagai lawan pertama pada 13 Ogos ini.

Begitupun, dengan situasi membelenggu Kylian Mbappe dan ketumpulan jentera serangan semasa pra-musim, PSG dijangka fokus untuk memperkuat bahagian tersebut.

Advertisements

Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan PSG kini sedang mendapatkan penyerang Benfica, Goncalo Ramos dan penyerang Barcelona, Ousmane Dembele dengan perpindahan kedua-duanya bakal dimuktamadkan tidak lama lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram