PSG Pandang Sepi Hasrat Mason Greenwood
MakanBola
Olympique de Marseille
Sponsors

Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan telah memandang sepi hasrat dan minat yang ditunjukkan pemain sayap Marseille, Mason Greenwood baru-baru ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman berita bola sepak terkenal, Transfer News Live.

Ad
Sponsors

“Mason Greenwood sangat terbuka dengan idea untuk datang ke PSG pada musim panas ini. Walau bagaimanapun, PSG tidak mahukan khidmat beliau dan tidak meneruskan tindakan susulan,” lapor Transfer News Live di laman X.

Ad

Bekas penyerang Manchester United itu telah membuka mata banyak pihak selepas mempamerkan aksi terbaik beliau bersama Marseille musim ini.

Hingga setakat ini, Greenwood sudah meledak lima gol dalam empat penampilan bersama Marseille dalam saingan Ligue 1.

Ad

Selain PSG, beberapa kelab besar dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan Greenwood seperti Barcelona dan Real Madrid.

Ad

Ini bukanlah kali pertama Greenwood membuktikan beliau masih berbisa. Ini kerana, pada musim lalu, Greenwood terlebih dahulu memukau dengan meledak 10 gol dalam 33 penampilan bersama Getafe dalam saingan La Liga.

Ad