Mason Greenwood ‘Punca’ Jurulatih Lawan Dipecat
Eropah
skynews
Advertisements

Pemain Manchester United yang dipinjamkan ke Getafe, Mason Greenwood telah mempamerkan aksi berkualiti ketika membantu Getafe membelasah Sevilla 3-0 tempoh hari.

Lebih manis lagi, kemenangan yang diraih Getafe itu telah dijelmakan di gelanggang keramat Sevilla iaitu di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan.

Pada aksi tersebut, Mason Greenwood berjaya meledak satu gol dan mencipta satu bantuan gol untuk memberikan kemenangan keenam buat Getafe musim ini.

Advertisements

Disebalik kemenjadian aksi Greenwood dalam perlawanan tersebut, situasi berbeza berlaku di dalam kem Sevilla apabila jurulatihnya, Diego Alonso dipecat sejurus tamat perlawanan itu.

Melalui satu pengumuman yang dibuat oleh Sevilla, Diego Alonso telah dilepaskan dari jawatan jurulatih dan pihak kelab mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

“Kami ingin memaklumkan bahawa Diego Alonso telah dilepaskan daripada tugasnya sebagai ketua jurulatih pasukan utama. Kami mengucapkan terima kasih atas usahanya dan mendoakan yang terbaik untuknya pada masa depan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Advertisements

Sevilla kini terperosok di tangga ke-17 Liga Sepanyol selepas hanya berjaya mencatatkan dua kemenangan daripada 16 perlawanan yang telah dilalui.

Kini jawatan jurulatih Sevilla telah diisi oleh jurulatih baharu, Quique Sanchez Flores yang berpengalaman melatih beberapa kelab besar seperti Valencia, Benfica dan Espanyol.

Tonton sorotan perlawanan Sevilla dan Getafe DI SINI.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram