PSG Pilih Musa Al-Taamari Ganti Kylian Mbappe
Transfer
Jordan FA / PSG
Advertisements

Jaguh Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG) memantau rapi perjalanan pemain sayap Jordan, Musa Al-Tamari sebagai pengganti terbaik kepada Kylian Mbappe.

Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan persembahan cemerlang pada kejohanan Piala Asia AFC 2023 untuk membantu Jordan muncul selaku naib juara.

Kudrat pemain sayap Montpellier itu bagaimanapun telah membuka mata beberapa kelab ternama Eropah untuk membawanya ke kelab lain.

Advertisements

Sebelum ini, ketua jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp menyatakan minat untuk membawa masuk pemain itu sebagai pengganti kepada Mo Salah bersama The Reds.

Beliau yang sudah meledak 3 gol dan 3 bantuan gol dalam 17 perlawanan liga di Perancis dilaporkan menarik perhatian PSG untuk membawanya pada jendela perpindahan kelak.

Hal ini susulan pemergian penyerang berbakat pasukan, Kylian Mbappe yang dilaporkan bakal berhijrah ke La Liga bersama Real Madrid.

Advertisements

PSG bagaimanapun mempunyai beberapa pilihan pemain lain seperti Mo Salah (Liverpool), Bernardo Silva (Man City) dan beberapa pemain berpengalaman di pentas Eropah.

Menerusi kemas kini oleh laman Transfermarkt, nilai pasaran beliau adalah sekitar 7 Juta Euro (RM33.4 Juta) sekiranya mana-mana kelab berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram