PSM Makassar Tewas Tipis Kepada Borneo FC
Asia Tenggara
MakanBola
Borneo FC
Advertisements

Juara Liga 1 Indonesia musim lepas, PSM Makassar mengalami kekalahan kelima musim ini apabila tewas kepada Borneo FC dalam aksi terbaru liga di Stadium Segiri hari ini.

Selepas tunduk 3-0 kepada kelab Vietnam, Hai Phong dalam saingan Piala AFC minggu lepas, Juku Eja berharap dapat bangkit dalam saingan liga.

Advertisements

Begitupun, dengan Pesut Etam menduduki tangga kedua liga ketika ini, anak-anak buah Bernardo Tavares berdepan tugas sukar sebagai pasukan pelawat.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Begitupun, perlawanan mula panas gara-gara terjahan keras yang dilakukan pemain-pemain PSM dan Borneo.

Advertisements

Keadaan ini menyaksikan empat kad kuning dilayangkan kepada kedua-dua pasukan. Juku Eja menyaksikan Adilson Silva, Erwin Gutawa dan Yuran Fernandes menerima kad kuning dengan Kei Hirose pula untuk Pesut Etam.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus buntu mencipta peluang jaringan. Ini mendorong Tavares dan jurulatih Borneo, Pieter Huistra membuat beberapa pertukaran pemain.

Advertisements

Malangnya, apa yang diharap pengendali Portugal itu tidak berlaku. Sebaliknya, Pesut Etam meraih gol kemenangan menerusi penalti pemain gantian, Leo Lelis pada minit ke-82.

Kekalahan ini menyaksikan PSM kekal di tangga kesembilan dengan 18 mata. Manakala Borneo pula terus menghambat Madura United dengan 25 mata.

Advertisements

News Comments Account