Wakil Indonesia di Piala AFC, PSM Makassar mengalami detik duka apabila tewas berdepan kelab Vietnam , Hai Phong.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sân vận động Lạch Tray menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik.
Anak didik Bernardo Tavares melakukan serangan bertali-arus kepada lawan untuk memperoleh gol awal namun sering digagalkan.
Pasukan pelawat bagaimanapun tersentak apabila Hai Phong meledak gol menerusi kesilapan pertahanan PSM Makassar yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-8.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan meningkatkan serangan untuk mencari jaringan penting.
Usaha tersebut bagaimanapun digagalkan oleh tuan rumah yang memperoleh gol kedua perlawanan menerusi jaringan Hoàng Nam pada minit ke-73.
Kesilapan pertahahan PSM Makassar sekali lagi mengundang padah apabila memberikan penalti kepada lawan yang mudah diterjemahkan kepada jaringan pada minit akhir permainan.
Keputusan ini kekal hingga tamat wisel permainan sekaligus merekodkan kekalahan pertama kepada PSM Makassar dalam Kumpulan H.
PSM akan melayan kunjungan Sabah FC pada 5 Oktober 2023 di laman sendiri.