Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sedang menyediakan tapak semaian seluas 8 ekar bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh yang memaklumkan perkembangan tentang perkembangan SNBJ.
Beliau memberitahu bahawa sebanyak tujuh acara bukan sukan termasuklah konsert telah dianjurkan di SNBJ pada tahun 2024.
Penganjuran ini telah membawa pulangan lumayan apabila kutipan hasil sekitar RM1.89 Juta berjaya direkodkan melibatkan konsert seperti Ed Sheeran, Bruno Mars dan Jay Chou.
Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen Segambut itu turut memaklumkan bahawa pihak PSM kini sedang giat menyediakan tamat semaian baharu bagi kegunaan rumput di Bukit Jalil.
“Perbadanan Stadium (PSM) sedang menyediakan dua tapak semaian rumput seluas 8 ekar untuk digunakan sebagai rumput gantian.
“Ia menggunakan konsep lay and play apabila perlu. Contohnya, selepas penganjuran konsert dan adanya perlawanan bola sepak dalam masa terdekat, konsep lay and play ini dapat mengoptimumkan penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Beliau yakin pendekatan yang diguna pakai ini dapat membantu bagi memastikan padang SNBJ berada pada tahap terbaik bagi aksi bola sepak terutamanya melibatkan Harimau Malaya.
“Pada masa yang sama, ia memberikan masa untuk padang pulih melalui sistem penggiliran padang,” jelas Hannah Yeoh ketika Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga bagi Parlimen ke-15 hari ini.
YB Hannah Yeoh juga menzahirkan penghargaan tertinggi kepada DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor atas sokongan berterusan bagi menambah baik padang bola sepak di Malaysia khususnya di SNBJ.
“Apabila kita menyebut tentang penyelenggaraan padang bola sepak, Johor adalah negeri yang menjadi panduan,” tambahnya.