Advertisements
Tunku Ismail: Orang Dalam Industri Bola Sepak Tak Berfungsi
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor menzahirkan pandangan terhadap kepimpinan yang berada dalam bola sepak di Malaysia.

Baru-baru ini, terdapat kritikan yang diberikan oleh penyokong bola sepak tempatan susulan persembahan kurang baik pasukan kebangsaan selain tidak memanfaatkan kalendar FIFA untuk mencari sekurang-kurangnya dua lawan Tier 1, Oktober lalu.

Baginda dalam satu kenyataan memberikan maklum balas terhadap kenyataan mengenai beberapa lantikan dalam kepimpinan tertinggi FAM.

DYAM Tunku Ismail memberitahu bahawa keputusan itu hasil undian daripada ahli gabungan dalam persatuan itu sendiri termasuklah pasukan-pasukan di Malaysia.

“Tetapi yang mengundi adalah ahli gabungan. Pasukan pasukan dan persatuan juga. Itu pasal bola sepak Malaysia bermasalah.

Baginda turut memberitahu bahawa orang yang berada dalam industri bola sepak ketika ini tidak berfungsi dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Orang yang ada dalam industri bola sepak yang tak berfungsi. Tiada visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan,” jelasnya dalam satu hantaran di laman X.

Ketua Umum PSSI, Erick Thohir dilihat sebagai salah satu rujukan terbaik untuk melihat bagaimana seseorang pemimpin itu dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Contoh, Eric Thohir ada duit, pengetahuan, hubungan antarabangsa, dan keinginan. Itulah sebab Bola Sepak Indonesia meningkat dalam project infrastruktur bola, liga dan pasukan kebangsaan mereka,” tambahn DYAM Tunku Ismail.

Baginda sebelum ini turut memaklumkan bahawa FAM akan menyertainya sekaligus memberi bayangan akan ada perubahan besar dalam landskap bola sepak Malaysia.