PSMS Medan Jadi ‘Mangsa’ Penang
MakanBola
PSMS Medan

PSMS Medan menutup kempen pra-musim mereka di Malaysia dengan satu lagi kekalahan apabila tewas kepada Penang FC.

Selepas tewas kepada Negeri Sembilan FC menerusi jaringan akhir Hadin Azman, Ayam Kinantan berharap dapat menutup kempen pra-musim dengan kemenangan ke atas Penang.

Ad

Kedua-dua pasukan turun di Stadium Bandaraya dengan misi meraih kemenangan moral sebelum kembali fokus kepada kempen liga domestik masing-masing.

Ad

Penang menurunkan barisan terkuat termasuk tonggak import mereka dari Brazil di bahagian tengah, Neto Oliveira.

Aksi persahabatan tertutup ini menyaksikan Harimau Kumbang makin tajam di depan gol dengan meledakkan dua jaringan. Sementara Ayam Kinantan yang dibimbing Nilmaizar hanya merekodkan satu jaringan.

Ad

Meskipun tewas, beliau melihat semua perlawanan persahabatan ini penting untuk menyempurnakan rancangan permainan PSMS Medan apabila Liga 2 Indonesia musim 2024/25 bermula pada September.

Ad

Sementara Penang pula fokus mengatur persiapan untuk aksi Liga Super seterusnya menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 13 September.

Ad

Harimau Kumbang juga dijangka sibuk memburu penyerang baru untuk menajamkan taji pasukan berkenaan. Penang dikaitkan dengan penyerang Australia yang mewakili Central Coast Mariners, Dylan Wenzel-Halls.