Ads
Persahabatan
PSMS Medan

Negeri Sembilan FC meraih suntikan semangat apabila menewaskan kelab Liga 2 Indonesia, PSMS Medan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Tampin.

Advertisements

Aksi persahabatan yang diadakan pada 25 Ogos lalu merupakan sebahagian daripada persiapan Ayam Kinantan menghadapi musim baru liga yang bermula pada September ini.

Advertisements

Skuad Rusa yang dibimbing K. Nanthakumar menggunakan aksi ini sebagai persiapan untuk menghadapi Perak untuk aksi Liga Super seterusnya pada 14 September.

Advertisements

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari kelebihan gol di Stadium Mini Tampin.

Malangnya, ketumpulan jentera serangan Negeri Sembilan dan PSMS Medan memastikan keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan membuat beberapa pertukaran pemain untuk memberi peluang kepada pemain lain beraksi.

Tatkala ramai penyokong menyangka perlawanan bakal berakhir dengan keputusan seri, sepakan percuma Hadin Azman menerjah jaring Ayam Kinantan pada minit ke-92.

Itu sudah cukup memastikan Negeri Sembilan meraih kemenangan dalam aksi persahabatan antarabangsa itu.

Bagi jurulatih PSMS Medan, Nilmaizar, aspek fokus dan peralihan ke bahagian serangan yang diamatinya sepanjang perlawanan perlu diperbaiki jika PSMS Medan mahu menyerlah dalam saingan Liga 2.

“Selain dari fokus pemain, fasa peralihan (ke bahagian serangan) menjadi hal yang sangat penting sekali harus segera kita perbaiki,” katanya seperti yang dilaporkan Viva Medan.

Advertisements

PSMS Medan akan menutup kempen pra-musim di Malaysia dengan turun menentang satu lagi wakil Liga Super, Penang FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram