Advertising
Qaseh Rania Pemain Kedua Malaysia Berkelana Ke Jerman
UltraSukan
Qaseh Rania
Sponsors

Nama pemain wanita muda Malaysia, Qaseh Rania Khairul Najib kembali meniti di bibir peminat bola sepak negara.

Ini kerana pemain pasukan wanita negara Bawah 15 Tahun (B-15) itu menjadi pemain wanita Malaysia kedua berkelana di Jerman.

Ad

Ini menjadikan Qaseh mengikut jejak Celine Chuang. Celine menjadi pemain pertama negara beraksi di Jerman apabila memilih menerima tawaran Bayern Munich pada 2020.

Ad

Menariknya, Celine turut memilih berhijrah ke Jerman pada usia 15 tahun. Beliau kemudiannya berpeluang beraksi untuk pasukan kedua Bawah 17 Tahun (B-17) untuk skuad wanita Die Roten.

Kini, giliran Qaseh pula berpeluang mencipta nama di bumi Jerman bersama kelab VfL Wolfsburg.

Ad

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan urusan visa dan permit membabitkan pemain wanita muda berbakat itu sudah dimuktamadkan.

Ad

Seandainya semua urusan berjalan lancar, Qaseh bakal memeterai kontrak selama tiga tahun bersama pasukan itu pada Ogos ini.

Ad

“Urusan visa dan permit selesai, Qaseh Rania akan terbang ke Jerman Ogos ini untuk menyertai VfL Wolfsburg. Difahamkan, pemain B-15 negara ini menerima tawaran kontrak selama tiga tahun,” katanya di X.

Kelibat Celine dan Qaseh beraksi di Jerman dijangka bakal menarik perhatian jurulatih Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi.

Ini kerana ini bakal menambah kekuatan pasukan itu terutama bila menghadapi aksi antarabangsa pada tahun 2025.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments