Pasukan ranking bawahan dunia berjaya mengikat juara Piala Asia, Qatar dengan keputusan 1-1.
Pasukan kendalian Luis Garcia menurunkan barisan terbaik dengan nama-nama seperti Akram Afif, Almoez Ali dan Tarek Salman berada dalam kesebelasan utama.
Aksi babak pertama berlangsung dengan begitu baik menerusi serangan balas pantas namun tiada sebarang jaringan dihasilkan.
Bersambung babak kedua, pasukan ke-134 dunia iaitu Kuwait hadir dengan cabaran begitu hebat selain beberapa pertukaran memberikan kesan kepada pasukan.
Jaringan pertama Kuwait hadir menerusi Salman Al-Enezi pada minit ke-71 sekaligus menceriakan pasukan tuan rumah berdepan juara Piala Asia itu.
Hasrat untuk melakar tiga mata bagaimanapun tidak kesampaian apabila pemain gantian, Muhammed Muntari yang masuk pada minit ke-55 menjaringkan gol penyamaan.
Keputusan itu menyaksikan Qatar menamatkan saingan pada tangga tercorot kumpulan dengan hanya dua mata daripada tiga perlawanan manakala Oman dan Kuwait berkongsi 5 mata.