Advertising
UAE Dimalukan Pasukan Ke-134 Dunia
MakanBola
UAE NT
Sponsors

Emeriah Arab Bersatu (UAE) mengalami kejutan apabila tunduk di tangan pasukan ke-134 dunia pada aksi kedua Arabian Gulf Cup.

Skuad kendalian Paulo Bento meletakkan kesebelasan terbaik dengan Fabio Lima dan Caio Canedo mengetuai jentera serangan pasukan.

Ad

Pasukan ke-134 dunia iaitu Kuwait memberikan saingan terhebat sejak minit pertama permainan sebelum Canedo meletakkan UAE di hadapan pada minit ke-6.

Ad

Detik itu tidak melemahkan semangat anak didik Juan Antonio Pizzi apabila menjaringkan gol penyamaan hasil jaringan cantik Mohammad Daham pada minit ke-17.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-1.

Ad

Bersambung babak kedua, UAE dan Kuwait lebih banyak bertukar serangan untuk mencari gol kedua perlawanan.

Ad

Detik hitam berlaku kepada tuan rumah apabila pertahanan kental, Kouame Kouadio dilayangkan kad merah hasil terjahan keras pada minit ke-87.

Ad

Peluang itu dimanfaatkan apabila Moath Al-Enezi menjaringkan gol kemenangan Kuwait pada minit ke-90 untuk memberikan 3 mata kepada pasukan pelawat.

Kuwait kini mengumpul 4 mata selepas 2 perlawanan manakala UAE dengan 1 mata.